Sembang-sembang

Khamis, Mei 31, 2012

Bertangguhpun kerja jugak

Kata orang lama, "kerja bertangguh tak menjadi". Aku nih asyik bertangguh je dalam membuat kerja, sampai bertangguh itu dah jadi kerja aku lak... Kerja tu takdelah banyak sangat, cuma zaman teknologi dan gadjet nih. Banyak sungguh gangguannya, bila nak mulakan kerja... Ada sahaja yang mengganggu... Macam sekarang nih, bila menaip banyak betul notifikasi dari game ipad. Macamana nak siap kerja.

Contoh kerja bertangguh aku yang terbaik ialah blog nih! Kebanyakkan entri semua dah basi... Tunggu dua-tiga hari barulah nak cerita. Itu belum yang asyik bermain didalam pemikiran aku lagi. Masih lagi berlegar-legar dalam kepala tanpa di kongsi kepada dunia.

Sebenarnya, aku pun takde bertangguh sangat pun. Kebanyakkan kerja yang bertangguh merupakan kerja-kerja adhoc. Lazimnya perjalanan kerja seharian adalah sama atau rutin. 30 minit setiap pagi, sebelum menghidupkan enjin kereta aku akan log-in dua website GPT (Get Paid To). Alhamdulillah, hasil istiqamah aku selama dua bulan ni, mula menampakkan hasil. Insya-Allah, dapat hasilnya kelak banyaklah yang akan aku kongsikan bersama di alam siber ini.

Cuma bulan ini rutin seharian telah bertambah. 30 minit ke sejam terpaksa di sediakan untuk wii. Bermain game sambil beriadah. Alhamdulillah, berat badan aku sudah semakin menurun. Aku bukan lagi dalam kategori obesiti. Insya-Allah, sebulan dua lagi nampaklah hasilnya.

Kini cuma sejam sahaja sehari yang mampu aku sediakan untuk kemaskini blog-blog aku yang lain. Pendapatan aku daripada blog agak terjejas sedikit, ekoran En Google mula meletakkan terma yang pelik-pelik. Jadi minggu ini aku banyak buat selidik mengenai pengganti iklan dalam laman web. Kemungkinan besar aku perlu menjual produk, lagipun 9 daripada sumber rezeki datangnya dari perniagaan.


- Posted using BlogPress from my iPad

Isnin, Mei 28, 2012

Cuti dan Star Trek

Minggu ni anak-anak cuti dua hari, Isnin dan Selasa. Cuti yang agak panjang, cuma kami sekeluarga tak dapat ke mana-mana. Memandangkan bulan ni dah berjalan ke Jerman, jadi cuti kali ni lepak di rumah jer. Petang sabtu kami ke taman. Sempat gak aku merasa berjoging dengan kasut baru. Dapat lari 4.7km (semak Runtastic) lah juga.


Main gelongsor di DonauPark
Pagi ahad macam biasa pergi Flohmarkt. Banyak gak hasil mainan anak-anak. Tambah lagi barang-barang kat stor. Bawak balik esok banyak lah kekawan yang terima hasilnya, insya-Allah.

Pagi Isnin ni aku tak buat apa-apa. Lepas kemas rumah susun rak Star Trek aku. Tak banyak yang boleh susun, separuh masih lagi dalam kotak. Sayang nak buka. Rasa nak balik Bandar Seri Putra dan bawak balik koleksi yang aku tinggalkan kat stor. Balik Malaysia nanti, kena cari rak besarlah nampaknya. Itu belum kira koleksi yang kena catu dengan anak-anak lagi...

Koleksi Barangan Star Trek
Insya-Allah 2-3 minggu lagi sampai replika lightsaber lak...

Khamis, Mei 24, 2012

Isyak oh isyak

Dah berapa hari asyik terlepas solat isya'. Menunggukan waktu isya yang masuk jam 11 malam... Mesti tertidur. Tersedar jam 3 pagi dah terlepas waktu isya.

Anak-anak semua dah sebulan tak solat isya'. Lepas je Maghrib, dah kena masuk tidur. Kalau tidur lepas 9:30, payah lak nak kejut pagi ke sekolah...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Bruckhaufner Hauptstraße,Vienna,Austria

Rabu, Mei 23, 2012

Belum sempat

Belum pun nak kemaskini cerita mengenai percutian kami seklauarga di London... Minggu lepas kami ke Legoland Germany pula. Kali ini kunjungan mengejut buat anak-anak. Saja buat surprise sempena hari lahir Ismail Nuqman. Seronok tengok muka anak-anak bila nampak tanda masuk ke Legoland. Mulanya masing-masing tak mahu ikut.

Perjalanan dari rumah ke Legoland mengambil masa 5 jam setengah. Kami bertolak dari Vienna ke Gunzburg jam 3:30 pagi, cuba mengejar masa masuk jam 10 pagi. Jarak cuma 450km je, macam balik Kg Bukit, Kedah dari Bandar Seri Putra.


Pintu masuk Legoland German
Insya-Allah kalau rajin ada lah entry pasal jalan-jalan di Gunzburg, Germany. Lepas ni nak sambung tengok Game of Thrones balik, baru mula tengok sampai episod 5.

Rabu, April 25, 2012

Tetamu

Sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)
Alhamdulillah... dapat gak luangkan masa kemaskini blog. Sejak balik dari bercuti tempoh hari ramai betul tetamu datang ke rumah. Setakat ini belum ada rehat hujung minggu insya-Allah rezeki ini untuk 3 minggu akan datang. Syukur, Alhamdulillah... teman-teman sudi mengunjung ke rumah, walaupun untuk masa yang singkat. Mana-mana yang mempunyai masa terluang, sempat kami bawa ronda-ronda kota Vienna ni.


Insya-Allah, buat teman-teman yang singgah ke Vienna, Austria akan datang jangan segan untuk hubungi kami di sini. Jika ada masa kelapangan dapatlah kita berjumpa.


Bersama Dato' Johari Basri (KP DOSH)

Rabu, April 18, 2012

Habis cuti spring

Diam tak diam dah lebih 2 minggu aku bercuti. Anak-anak cuti Easter / Musim Bunga untuk 2 minggu. Aku pun turut cuti ber'online'. Semalam mula kembali buat kerja cuma hari ni agak tergendala.

Pagi ni teman delegasi dari MNPC (Malaysia Nuclear Power Corporation) ke Parndorf. Ada empat orang wakil daripada MNPC, AELB, DOSH dan EC. DOSH diwakili oleh Dato' Johari, boss lama aku. Ahad lepas sempat jemput mereka semua ke rumah. Makan sarapan dan tengahari. Nak bawa jalan, Vienna tutup hari ahad. Lagipun di tengah pekan ada marathon. Banyak jalan tutup. Cuma agak terkilan sikit, tak terfikir nak snap gambar bersama Dato Jo masa minum kopi tadi.

Cuti musim bunga tahun ni, kami sekeluarga ke kota London. Tumpang rumah Dr. (bakal) Zaitul. Seronok anak-anak dapat berjumpa kawan-kawan. Sampai tak peduli nak berjalan. Duduk di rumah bermain lagi seronok. Insya-Allah, minggu ni target nak buat posting mengenai percutian kami ke kota London.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Bruckhaufner Hauptstraße,Vienna,Austria

Rabu, April 04, 2012

Harga Petrol Ron97 Naik 10 Sen


Harga minyak naik lagi.... Kali ini dengan alasan harga minyak dunia mencecah USD 120 setong.
KUALA LUMPUR: Harga petrol premium RON97 akan naik 10 sen kepada RM2.90 pada tengah malam Selasa, menurut Persatuan Peniaga Petrol Malaysia (PDAM). 
Tidak akan ada perubahan harga dalam petrol RON95 harga dan diesel, kata Timbalan Presiden PDAM Datuk Zulkifli Abdul Mokti pada Selasa. 
Kenaikan harga adalah disebabkan harga minyak global yang melambung tinggi yang mencecah USD120 setong, katanya. 
Harga RON97 naik dan turun disebabkan kerajaan telah menarik balik subsidi petrol ini.
mstar/-

Kalau dilihat balik jadual kenaikan harga minyak, pada tahun 2008 harga minyak dunia pernah mencecah USD 121 setong menjadikan harga petrol dinaikkan dari RM 1.92 kepada RM 2.70.

Aku tak berapa kisah sangat kenaikkan harga minyak ni, yang menjadi masalahnya kenapa harga barang-barang keperluan lain semua turut naik sekali? Berapa ringgit la pulak kena bawak pergi Tesco lepas ni.

Memang di tunggu-tunggu oleh semua... Tapi jangan risau, nak dekat pilihanraya esok kerajaan dengan murah hati akan membantu rakyat sambil menurunkan harga petrol.

Ahad, April 01, 2012

Gulai Kicap Daging

Selasa lepas sempat beli daging 2 kilo. Daging batang pinang sekilo dalam €9.99 je. Confirm takde lemak dan urat. 2 kilo jugaklah Fit buat gulai kicap. Alhamdulillah, hari rabu jamu 3 orang makan dirumah. Masing-masing dari AELB.



Dari hari rabu sampai malam ni (sabtu) aku makan gulai kicap ni. Gulai kicap ni kira signiture dish kampung aku di Kg Tengah, Parit, Perak. Rumah arwah opah dulu tak pernah takde gulai kicap ni, malah hari raya pun kami makan lemang dengan gulai kicap. Sampai sekarang, kalau aku makan lemang mesti cari gulai kicap.

Aku perasan, yang masyarakat laun tak makan lemang dengan gulai kicap masa lepas aku kahwin. Alhamdulillah, Fit belajar buat gulai kicap ni. Dapatlah aku merasa makan gulai kicap di mana kami merantau.

- Posted using BlogPress from my iPhone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...