Pemikiran is150
Semalam Fit warded lagi... first warded last week, balik dari Concert Krista di Wisma MAA. Last week ada rasa sakit-sakit, jadi balik singgah Hospital Pakar An-Nur. Dr check kemudian arah di warded... dari jam 7.30 malam, duduk dalam labor room sampai laa jam tengahari isnin 10hb nov.
Sabtu (15 nov) pergi buat weekly check-up... kena tahan lagi... duduk laa kami 4 beranak di ward 1 hari... Fit sepatutnya due 15 dec 2008. Last week kalau bersalin kira pre-mature atau tak cukup bulan... minggu nie kira cukup-cukup bulan jer...
Tengahari tadi Dr discharge dari ward... balik rehat kat rumah lagi... tengahari singgah rumah Zaitul Husna (kawan fit), dia jemput lunch... balik dalam jam 3 terus pengsan kat rumah... penat wooo tido wad...
Label: family
Daripada Forum NIOSH
beberapa isu keselamatan yg timbul akibat dr tragedi ini:
- Disebabkan harga minyak yg tinggi dan kos pemasangan NGV yg tinggi, org mencari jln untuk mengurangkan beban tersebut dengan mengubah suai tong gas masak kat umah menjadi tabung NGV (which is i think dangerous)..
- Pemantauan ke atas syarikat2 atau bengkel2 yg memasang NGV, adakah
mereka benar2 kompeten/bertauliah atau hanya menangguk di air keruh (untuk mengambil kesempatan/keuntungan atas keadaan semasa)- Sekiranya terbukti sesuatu kemalangan berlaku disebabkan kesilapan
pemasangan, apa peruntukan perundangan ke atas syarikat2 atau bengkel yg
bertanggung jawab.- Etika mereka yg terlibat dlm pemasangan NVG ini.. (Ada org dtg bawa tong gas masak suruh pasang jadi NGV, belasah pasang je or....)
Yg pasti, jadi mangsa adalah rakyat/ masyarakat..
Ulasan ini hanyalah satu kemungkinan, berdasarkan maklumat yang dikemukakan dalam akhbar.
- Modifikasi ini adalah buatan sendiri, bukan dibuat oleh syarikat pemasang NGV. Syarikat pemasang NGV tidak akan menggunakan tangki LPG,sebab itu akan menyebabkan lesennya dicabut! Syarikat pemasang akan memberi pilihan tong yang paling murah, dari luar negeri, dari Brasil, China, -tapi masih memenuhi syarat.
- Saya percaya Van ini sudah dipasang dengan tangki NGV, sebab kalau belum dipasang, semua sistem assesorinya takkan ada. Tangki NGV asli ini dipasang kat belakang.
- Masalahnya, dengan satu tangki, hanya boleh jalan 150 km, sedangkan simamat ini selalu berjalan jauh. Maka dia perlukan 2 tangki! Maka dia pun pasang tangki LPG sebagai pengandung NGV tambahan, dan ini diletakkan dibawah tempat duduk hadapan. Gas keluar disambung terus kepada sistem yang telah sedia ada.
- Sekarang, apa yang terjadi : Tangki LPG dibina dengan tekanan maksimum 20 bar, atau 300 psi sahaja. LPG terdiri dari Propana 70% dan Butana 30%. Butana hampir tiada tekanan - iaitu gas untuk pemetik api. Tangki NGV bukan untuk gas yang dicairkan - tetapi gas yang dimampatkan! dan tekanan yang diperlukan adalah 200 bar, atau 3,000 psi! Tekanan gas di stesen minyak mungkin mencapai 3,500 psi!
- Apabila tangki LPG ini diisi, tangki ini tidak mampu menerima tekanan tersebut dan meletup - ini letupan fisikal! dan gas pun keluar. Gas ini
terus terbakar oleh enjin yang hidup, dan ini menyebabkan letupan kedua, letupan kebakaran! Letupan2 ini sangat cepat sehingga mungkin tidak ada orang yang sedar ada 2 letupan!Saya harap penjelasan ini adalah memuaskan. Tanggung jawab kita untuk memberi tahu masyarakat bahawa Tangki LPG hanya mampu menampung sepersepuluh daripada tekanan NGV! Menggunakan tankgi LPG untuk NGV berarti menempah maut.
Ir Daud Sulaiman
Apa yang layak aku komen???
Majlis start jam 2 ptg, kami sekeluarga jam 12.46 dah sampai... dah ada parent yang sampai pon... boleh ler pilih seat yang elok sikit... Majlis start dengan graduasi pelajar K2 (6 tahun), Nuqman bagitau majlis orang dapat hadiah... kira boleh lah...
Majlis tahun nie merupakan gabungan 4 buah tadika Krista, iaitu daripada Seri Putra, Nilai Impian, Puchong Hartamas dan Seri Kembangan (ye kot)... banyak gak Krista nih...
Comel sangat....
Label: family
Hari nie download gambar dari camera... ada dalam 400 gambar... terus aku malas nak pilih dan edit...
Tadi ada pilih beberapa gambar daripada persiapan open house NIOSH minggu lepas... resize dan terus emel kepada kakitangan... yang lelain... minggu depan kot...
insya-Allah semangat masih ada...
rasanya lebih seminggu aku kurang tumpukan dunia aku dengan internet... kamera dan penuh dengan gambar... perjalanan agak banyak aku lalui... cuma malas nak menaip kot...
beberapa hari lepas lama aku menghabiskan masa dengan laptop... tapi aku cuma layan youtube jer... dari satu cerita ke satu cerita.... kurang aku melawat blog-blog yang rajin aku menaip nama kat sana... tengoklah, esok macamana...
esok laa kot....
Label: personal
Minggu nie rasa macam malas jer nak update-update blog... memandangkan aku cuma ada dalam 10mb jer tinggal kat server... anytime boleh habis... campur ngan website salasilah.is150.net laa...
hmm... apa ler nak jadi ngan aku nih.....
btw, semalam ngan hari nie aku sibuk install beberapa software dalam ASUS P320 aku... ada beberapa software / database trakking kereta (sebelum nie aku guna fail excel jer..) dan aku dah dapat software sync antara Lotos Notes 7 ngan WM6... cuma masalahnya... dalam mencuri aplikasi... aku download virus... hmm.... aku takut nih.... ntah camana, macam ada suara syaitan menyuruh aku klik virus tue... padahal mmg aku tau virus....
Ntah laa....
Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kurang memiliki minat yang tinggi untuk menjejaki jurai keturunan atau salasilah keluarga mereka sendiri. Barang kali mereka beranggapan tiada sebarang faedah atau manfaat sekiranya mereka menyelidiki secara lebih mendalam tentang keluarga mereka. Kecenderungan menyimpan atau menulis rekod-rekod salasilah boleh dikatakan hanya terdapat dalam kalangan pemerintah khasnya golongan kerabat diraja atau pembesar-pembesar negeri. Tujuan penulisannya barang kali tidak lebih untuk menyatakan keabsahan pemerintahan mereka di sesebuah negeri atau jajahan taklukan mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang menyusun salasilah adalah bertujuan semata-mata ingin menuntut takhta kerajaan, kuasa atau harta perwarisan untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.
Perkataan ‘salasilah’ berasal daripada kosa kata bahasa Arab yang bermaksud “daftar keturunan atau jurai keturunan”. Ensiklopedia Islam (2004), halaman 250 mendefinisikan salasilah sebagai “daftar atau susunan asal-usul keturunan, biasanya dimulai daripada tokoh yang dianggap penting dan dihormati yang memiliki nilai sejarah”.
Pengetahuan tentang salasilah dianggap sebagai salah satu cabang ilmu yang penting khasnya dalam bidang sejarah dan ia dikatalogkan sebagai bidang sains sosial. Berdasarkan pengertian yang sempit, ilmu salasilah ini merupakan kajian berkenaan individu dan hubungannya dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, sekiranya kita memahami pengertiannya yang luas, ilmu salasilah ini merangkumi kajian yang mendalam tentang sejarah, biografi, geografi, sosiologi, undang-undang, perubatan, linguistik dan sebagainya. Kita sewajarnya berpegang kepada takrifan yang luas kerana kita bukan hanya sekadar ingin mengetahui nama dan tarikh penting yang dilalui nenek moyang kita sahaja, tetapi juga corak kehidupan mereka serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara mereka. Apa yang lebih penting ialah pengkajian tentang ilmu salasilah keluarga mampu memupuk jati diri seseorang individu.
Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga memerlukan pengorbanan yang besar kerana para pengkaji dalam bidang ini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada ahli keluarga yang dikenali atau tidak. Maklumat-maklumat yang diperoleh itu sama ada maklumat lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan kesahihannya agar tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak lain yang mempunyai autoriti.
Justeru, penulisan salasilah perlu diberi keutamaan sekiranya seseorang itu ingin menjejaki semula sejarah asal-usul keturunannya. Tambahan pula, salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat yang bertamadun. Menjejaki asal-usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada penerusan hubungan silaturahim antara kaum kerabat. Pengekalan hubungan silaturahim sesama kaum kerabat pula sangat dituntut oleh Islam.
ALLAH S.W.T. berfirman:
“Dan bertakwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat...”
(Surah an-Nisa’: 1)
Sumber is150.net
The usual disclaimer
This is a personal blog. The views and opinions expressed here represent my own and not those of the people, institutions or organizations that I may or may not be related with unless stated explicitly. Also, my thoughts and opinions change from time to time as I come to learn more and develop my understanding about the things and issues that I am blogging about. This blog just provides a snapshot of the knowledge, views, and opinions that I hold at a particular point of time and these might most probably change over a period of time. I reserve the right to evolve my knowledge, thoughts, and viewpoints over time and to change them without assigning any reason.