Pemikiran is150

2nd payout dari 12DailyPro
hmm... tak teringin nak join 12DailyPro ker??? Sistem baru kita boleh ada 2 upgrade dalam satu-satu masa... minggu nie masukkan USD 6 dulu, minggu depan baru tambah lagi USD 6... so.. target aku sekarang, setiap minggu atau 10 hari dapat hasil balik...

dah nak main kereta lak...


kepenatan... suruh tido kat bilik tak mau

Picapah pakai baju baru
hmm... seharian di rumah....

inilah rupanya cheque aku...
hmm.. bulan depan mungkin aku tak request payout... aku invest separuh dan zakat separuh... jadi apa lagi... mari kita sama-sama mengimarahkan lagi program autosurf nie... insya-Allah aku bole tolong...


dalam proses pembasuhan
Lepas basuh... abiskan duit gaji kat Alamanda, Putrajaya... beli barang rumah... hari nie kuluar dating dua orang jer ngan org rumah aku... anak kat rumah pengasuh...



dalam kereta on the way balik rumah
No. Kad Pengenalan: 800118xxxxxx
Nama Penuh: ISKANDAR SYAHRIL BIN IBRAHIM SUKRI
Tahniah! Anda telah LULUS Ujian Khas Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang telah diadakan pada 7 hingga 8 Jun 2005.
hahahaha... aku ingat dah tak dapat...
hmmm... kena start study utk Ujian ke 2 lak... hehehe, dulu aku dah bagitau wife aku yg aku tak lepas ujian nie...
Memang banyak stress dalam kehidupan nie, terutama di tempat kerja. Diantara penyebab-penyebab stress di tempat kerja ialah:
Impak daripada stress ini antaranya ialah sakit jantung dan darah tinggi... Alhamdulillah, kat tempat kerja sekarang nie kurang stress. Kesian kat kawan-kawan lain yang bekerja ditempat lain yang banyak stress nie...
hehehe... rasa menarik lak gambar-gambar Pica (Iman Nafeesa)... tengah main sorang-sorang sambil tengok TV... macam biasa 24jam cerita barney...


apa agaknya yg difikirkan yerk?

itulah dia seorang insan bernama Iman Nafeesa (abang dia panggil Picapah)


malam-malam tengok TV sambil sepah-sepahkan rumah....
"Apakah doa kamu?"
"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan
akhirat" Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga
ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh.Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri
yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang
soleh. Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat
tahajud. "Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat
tahajud, dia marah-marah pula.Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!
Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai. Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.
Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibu bapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??
Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.
Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu
anda mahukan lelakiyang soleh?Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendakduniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan)atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.
Alhamdulillah, isteri aku tak macam nie... bila fikir-fikirkan balik... banyak yg tak soleh rupanya aku nie... Wallahuallam....
sekarang dah pertengahan bulan 7... aku ada dlm 5 bulan utk mencapai semua nie...


Pica dah boleh duduk dan main sendiri....
Dapat dari email... mengenai kereta Nasional... menarik gak.. banyak fakta-fakta yang bole dikongsi bersama... Beberapa fakta dan spekulasi mengenai kereta nasional Malaysia
Nuggets of information

bukti pembayaran kali pertama... dalam 7 hari lepas request baru dapat...
Lepas nie aku nak beli (upgrade) 2 unit lak... USD 12... insya-Allah boleh dapat dalam USD 17.28 dalam kurang 3 minggu (12 hari run program, dan 7 hari tunggu payout transfer)... kena rancang betul-betul nie...
mari-mari join under aku... setiap upgrade aku kasi 5% balik dari nilai upgrade korang... boleh pilih nak masukkan duit dalam E-Gold Atau StormPay.
join ==> http://www.12dailypro.com/?ref=7309
Setelah beberapa bulan spek pecah akibat dihempap dek payung... akhirnya dapat gak wife aku beli spek baru... nie pesen (baca fesyen) terkini nih... 5-6 kali tanya OK ke TAK... to me OK jer... asal kena dengan tujuan guna spek tue... lama gak kat Warta tunggu spek siap (1 jam jer)...

amacam?

Pica suka keluarkan lidah... (pic taken 260605)

Nuq main sorang-sorang (pic taken 260605)

Nuq pakai lebai... (pic taken 280605)



Gelagat Pica atas walker... (pic taken 020705)
comel tak???? seronok tengok budak-budak membesar... tanda-tanda rajin tue banyak ler gambar diupload kat blog nie... :)
FYI : Nuq = Ismail Nuqman; Pica = Iman Nafeesa