Pemikiran is150

blog is150... pemikiran aku... kisah hidup.. bisnes-bisnes aku, email-email yang aku dapat dan yang penting... aku punya sukalah apa aku nak taip... kalau nak komen, komenlah apa yg korang nak...

Free chat widget @ ShoutMix

Monday, April 30, 2007

manusia senang lupa pada perkataan...manusia senang lupa pada pemberian..tapi manusia x takan lupa pada perasaan yg dialami..

hmm... apa aku nak kupas yerk.... paham-paham sendiri ajelah....

Labels:


Saturday, April 28, 2007
dalam beberapa hari nie tengah teramat sangat sibuk memikirkan rumah baru yang dah siap... dari hujung bulan Mac aku dah dapat surat untuk amik kunci... terus terang aku bagitau, aku belum stand-by lagi. Rumah nie sepatutnya siap bulan Disember Tahun nie, tapi pemaju janji nak siapkan dalam bulan Ogos (awal 3 bulan ler kononnya...) tapi sekarang dah bulan Mac, pemaju dah antor surat untuk amik kunci... hmm.... takutnya dan dalam masa yang sama gembiranya.... Alhamdulillah...

Labels:


Friday, April 27, 2007

Aku kena masuk kelas lagi. Kali nie kursus "Working At Height" lak. Wajib masuk sebab aku kena handle satu projek Inspection dan audit kem-kem PLKN di seluruh Malaysia.

AKu join dengan bos, jadi dengan kata lain... tak boleh TUANG kelas... hehehehe

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mejor (Rtd) Richard in action

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Labels:


Thursday, April 26, 2007

Hari ini 1st time, kami sekeluarga menonton wayang. Cadangan asal nak berpiknik di Tekala bersama famili Zaitul. Bangun jer pepagi... hujan dengan senang hatinya mencurah-curah jatuh ke ladang gandum... Pikir punya pikir, last skali kami berkeputusan menonton wayang bersama anak-anak. Terus terang aku bagitau, memang aku gabra dan takut... sebab kat rumah pon anak-anak tak boleh nak duduk diam tengok TV. Ada jer ide nak mengacau dan menganggu. Aku takut sangat dorang cakap kuat-kuat dan ganggu orang lain. Jadi sepanjang perjalanan aku berdoa, agar semua berjalan lancar.

Alhamdulillah, kami sampai awal dan Mirul tolong belikan tiket dulu. Sementara menunggu waktu tayangan, kami berjalan-jalan sekitar Mid-Valley. Saja nak abiskan masa... Alhamdulillah, sepanjang tayangan, Nuqman khuysuk menonton skrin. Cuma Pica agak kurang selesa. Sejam pertama aku terpaksa memangku Pica, kemudian dia dah start main-main di kerusi dia...

Lepas nie boleh ler aku pergi nonton wayang dengan Nuqman... Spiderman 3 dah start dan bulan depan ada Transformer lak.. kena budget tengok wayang dalam belanja bulanan aku nih...

Nuqman n Pica at Photobucket
Nuqman dan Pica bersama Pop-Corn

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dalam panggung

Cerita Mr. Bean, biasa jer... satu cerita yang penonton tak payah nak pikir dan gelak jer... Semua lawak-lawak dia dalam siri dimasukkan dalam movie... Boleh ler tengok sebagai family activities. Nie pun Dato' Fadilah Kamsah yang rekemen kat aku masa di Lenggeng tempoh hari.

Lepas tengok wayang, kami sekeluarga berjalan-jalan sekitar Mid-Valley. Tengok-tengok sambil cari idea utk rumah baru... Ntah macam mana teringin makan ais-krem... jadi kami sekeluarga makan di Haagen Daz... Ais-krim mahal tue... setahun sekali jer boleh makan, hahahaha

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman n Umi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Umi n Pica

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman n Abah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman in Action

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pica in Action

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pica in Action Lagi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pica tenung apa tu?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Umi in Action

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pengsan kat belakang

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Habuan laptop aku

On the way balik rumah, dalam tengah hari. Semua tertidur, belum pun sempat keluar High-Way Persekutuan. Tinggal ler aku sensorang memandu kereta membawa semua pulang ke rumah.... dan perjalanana hari nie, aku sempat membeli sebijik mouse untuk laptop aku. Mouse yang lama terlalu kecik dan menyebabkan tapak tangan aku sakit, tak ergonomik untuk tangan aku yang besar...

Apa nak kata... PRICELESS

Labels: ,


Wednesday, April 25, 2007

aku berbelanja lagi di Lelong.com.my, kali ini beli RC Cars untuk anak-anak. Aku memang dengan RM 1 jer dan belanja pos RM24. Jadi semua sekali RM25. Hari tue pergi KL, tengok harga kat kedai RM60. Tak kasi tawar lak tue... AJdi aku cuma budget RM50 jer utk beli kat lelong.

Bagus bagi budak-budak main RC nie, boleh developt penggunaan otak kanan dan kiri. Sebab RC memang kena main kedua-dua belah tangan. Setakat nie, dah berapa RC aku beli... semua tak tahan lama... sama ada hilang atau rosak... ganas sangat rupanya anak-anak aku nih...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman di Klinik

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman dan Pica bukak parcel

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman belek-belek

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman try main

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman posing dengan RC (Lighting Mc Queen)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pica cuba baju baru

Alhamdulillah...

Labels:


Kali nie CSS (Customer Satisfaction Survey) di buat di Kemaman, Terengganu. Saja jer jalan-jalan jauh sikit. Kali nie aku pergi bersama Kak Kris. Kami bertolak pada 24hb pagi dan petang tue sempat melawat satu syarikat. Pada 25hb kami melawat 3 buah syarikat lagi... Kami balik pada 25hb lepas lunch dan sempat ler sampai rumah jam 7 malam.

Aku duduk di Hotel Suria Cherating bersama Abang Adzhar (driver).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bilik aku daaa

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pemandangan dari bilik

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Paun Ubi berinti ikan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Keropok Lekor

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pimun petang (adzhar dan Shukri)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Antara pengumpulan telur penyu

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tempat pengumpulan telur penyu

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Jalan-jalan dengan bos NIOSH Pantai Timur

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pemandangan tepi pantai

Abis lagi satu waktu aku berjalan... malas lah nak cerita panjang... nak balik rumah dah nih

Labels: ,


Friday, April 20, 2007

15hb lalu, kami sekeluarga menginap di Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Kuala Lumpur. Umi ada kursus di sama selama seminggu. Jadi kami sekeluarga di hotel daripada 15hb sehingga 19hb April. Aku lak bercuti pada 17 dan 18hb... jadi memang rehat habis ler...

Nuqman di Hotel Hosting at Photobucket
Nuqman Tengok TV

Pica di Hotel Hosting at Photobucket
Pica bersantai

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman n Pica mandi dalam BathTub

Hari isnin malam kami ke Thaba Village. Hasil bacaan aku di Blog Dad of Four. Sungguh menyelerakan nasi biryani yang di syorkan. Memandangkan aku pun penggemar daging kambing dan Biryani... kesempatan ini tidak aku lepaskan... Alhamdulillah... merasa lagi satu nikmat dunia.

Anak-anak macam biasa, akan menyepahkan segala barangan di atas meja... hehehehe

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pica makan Biryani

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pica makan Banana-Split

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Abah n Nuqman

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman makan Banan-Split

Hari-hari mendatang, aku cuma lepak-lepak di bilik... sambil bersantai dan main PSP. Tak banyak aktiviti yang dapat aku buat melainkan LEPAK bersama anak-anak. Petang, setelah umi habis kursus, kami berjalan-jalan sekitar KL sambil naik KL Monorel. Bila lagi nak merasa naik monorel nih. Manjang jalan naik kereta jer... Merasalah gak anak-anak aku naik keretapi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pica main PSP

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Jalan-jalan naik KL Monorel

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Di Platform KL Monorel

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Di Shakey Pizza

Malam Jumaat, dah malas nak keluar makan atau pun dengan kata lain, aku malas nak keluar beli makan. Jadi perabihkan baki kredit kad dengan makan di hotel (Room Service). Bila lagi nak merasa makan-makan dalam bilik hotel macam orang kaya... hahahaha

Dapat ler kami makan sorang sedikit... buat hilang kempunan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dinner di hotel

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Habuan kami sekeluarga

Alhamdulillah... dapat gak kami bercuti bersama-sama... Jarang-jarang dapat luangkan masa dengan keluarga sejak kebelakangan ini... asyik habiskan masa dengan dunia jer...

Labels: , ,


Thursday, April 19, 2007

Hari nie mengulor sekejap... balik rumah repiar air-con sebelum family semua balik dari hotel hari Jumaat nih. Air-con bilik aku dah 2 bulan rosak rasanya... Dan dah memang sampai waktupun... tak rasa, dah 3 tahun ia berkhidmat tanpa di servis... rasa bersalah pun ada nih, aku sibuk mengaudit opis-opis orang yang tak servis air-con. Padahal rumah sendiri aku buat bodo jer.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kapasitor air-con Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Terbang ler RM80 beli kapasitor Air-Con baru.... Lepas nie kena stand-by lagi RM150 lak untuk servis...

Labels: ,


Sunday, April 15, 2007

semalam, aku balik ke rumah lewat. Petang aku kena mengajar topik IT untuk SHO. lepas tue lepak kat office sambil update blog. Dah dekat Maghrib baru balik rumah. Aku park kereta kat office dan balik jalan kaki... punyalah banyak staff tinggal kereta kat office (termasuklah aku). Tempat berbumbung cuma tinggal satu jer. Patut ler, ramai staff yang datang awal tak park bawah bumbung.

Kereta di NIOSH at Photobucket
Kereta kat NIOSH

Balik rumah, An tengah lepak-lepak depan TV. Baru balik dari PC Fair di KLCC. Aku insya-Allah tak pergi ke PC Fair kali ini. Cuma mampu pesan webcam jer dari An. Akhirnya aku beli gak webcam, tapi modal RM50 jer lah... saja nak main-main dengan laptop nih. At least boleh update ngan family member yang jauh-jauh tue...

is150 webcam at Photobucket
my webcam

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
antara tempat letak webcam

my webcam at Photobucket
my webcam

hmm... sapa nak ber'chat' sambil menengok aku?

Labels: ,


Saturday, April 14, 2007

I really want to go to Star Trek : The Experience.... infact it's in 1 of my todo list before my age of 40.

Located at the Las Vegas Hilton, guests are transported to the future battling BORG and Klingon in two exciting attractions – the new BORG Invasion 4D and Klingon Encounter. Guests are able to eat and drink at Quark’s Bar & Restaurant, shop at Zek’s Grand Emporium and Moogie’s Trading Post and walk through STAR TREK history at The History of the Future museum.

hey, where do think I like to go most?

**Start Copy**

Proposition:
Where do you want to go Next, OUTSIDE OF YOUR COUNTRY, for tourism, work, study, whatever.

Requirements:
Find some info about the place, itenary etc, pics if possible so you get MORE Traffic coming in, and maybe some people can find somewhere to go to. Excludes your NEXT DOOR NEIGHBOUR, i.e. Singapore, Malaysia,Brunei, a country that borders yours. You must register for MyBloglog so we can blogwalk ah…..get it?

Quantity: FIVE PEOPLE.

Tag Mode: Chain Link. 5 of them.

You leave 5 people and their DEEP LINK of their Blog Name and TAGGED POST and hit out for five more. So it will look like...
  1. Adam who really wants to go on a spiritual journey
  2. Azrin going Down Under
  3. MaRLinda in Disneyland Paris
  4. Flowerinthedesert the one place she wishes to see is Granada
  5. RiNa with her Deep Ocean

So now looks like i have to pass the baton to 5 other bloggers. Hmm..who shall these lucky people be?...Ta-da:

  1. Raja Laut - Breep-Breep
  2. Dzoel
  3. Sherry
  4. AmirAzmi
  5. Tuan Tanah
Alhamdulillah, finally I'm DONE!!!

Labels: ,


Happy 4th birthday Dina...

Hari nie ada jemputan Mirul dan Zaitul Husna ke rumah mereka di Semenyih. Lama dah dia jemput. Kena pulak Nuqman asyik minta kek rainbow jer... mana dia dapat idea, wallahualam...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Berkumpul tunggu kek

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Happy Birthday to you..."

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tak sempat nak rakam Mirul main gitar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman takut tengok api kat kek

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman makan kek

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pica bersila makan kek

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Me n my beloved wife

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dina, Nuqman n Pica makan kek

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Anak Haliza - Siti Khadijah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman, Umi n Siti Khadijah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Suasana

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pica

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Fitriah, Zaitul dan Haliza

Alhamdulillah.... next month birthday Nuqman....

Labels:


Semalam ada orang tanya kat aku, pasal makan... apa yang aku suka makan, dan apa yang aku makan.... well... for start, aku sekarnag boleh makan apa sahaja, yang Halal laa... Insya-Allah.

Dulu masa kecik-kecik, memang aku susah sikit nak makan. Sampai kena gastrik semi kronik masa darjah 5. Lepas dari tue, aku dah start makan ikut time... Tapi still agak cerewet, aku cuma makan ayam, ikan bawal, sayur bayam dan telur SAHAJA. Yang lain tue aku tolak tepi.. Sampailah aku masuk asrama... aku cuma mampu bertahan untuk 2 hari jer... masuk hari ke3, punyalah lapar... jadi aku makan jer apa yang di hidangkan... sampai orang kata perut survival lah...

Sarapan pagi di NIOSH at Photobucket
Gulai ikan semilang

my special dinner at Photobucket
Dinner aku daa

haaa... itu ler aku... boleh makan apa sahaja. Dan Alhamdulillah, walaupun ada gastrik tapi takde masalah puasa. Aku boleh puasa, cuma dalam hari ke 25 dan seterusnya, perut aku start meragam... dan masalah terbesar aku ialah tiada makanan kegemaran. Bagi aku, makanan kegemaran aku ialah masakan daripada orang yang tersayang... jadi sesapa yang sayang aku, rajin-rajinlah masak... bak kata pepatah orang putih "The way to man heart is through their stomach"... memang aku setuju sesangat... memang aku sayang sesangat orang yang suka kasi aku makan...

Sori lah yerk, gambar bawah nie sekadar hiasan... ada emel minta tengok luka kat kepala aka bekas jahitan... inilah rupanya...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ini rupanya kepala aku dari atas...

Alhamdulillah... sihat lagi aku...

Labels:


Thursday, April 12, 2007

Amik dari Yahoo!360 Erwyna. Satu cerita pasal SoulMate yang menarik. Perkataan SoulMate dalam hidup dah semacam di Blacklistkan.. cukup menyampah aku mendengar dan membacanya... camanapun, itulah kehidupan. Takut-takut ke-menyampahan aku bertukar menjadi sayang... Subhanallah, besar sungguh kuasaNya

Once upon a time, there was a teacher and his student lying down under a big tree near a big grass area. Then, suddenly, the student asked the teacher,

Student : Teacher, I'm confused, how can we find our soul-mate? Can you please help me?

Teacher : (Silent for few second, than he answer) Well, it's a pretty hard and easy question.

Student : (Thinking hard) Huh???

Teacher : Look on that way, there are a lot of grass there, why don't you walk there but please never walk backward, just walk straight ahead. On your way, try to find a beautiful grass and pick it up then give it to me. But just one.

Student : Well, ok then... wait for me... (Walked straight ahead to the grass field).

A few minutes later...

Student : I'm back.

Teacher : Em, well I don't see any beautiful grass on your hand.

Student : On my journey, I found few beautiful grass, but I thought that I would find a better one, so I didn't pick it up. But I didn't realize that I'm at the end of the field, and I hadn't picked up any. Cause you told me not to go back, so I didn't go back.

Teacher : That's what happened in real life.

What is the message of this story?
GRASS - IS PEOPLE AROUND YOU
BEAUTIFUL GRASS - IS PEOPLE THAT ATTRACT YOU
GRASS FIELD - IS TIME

In looking for your soulmate, please don't always compare and hope that there will be a better one. By doing that, you'll waste your lifetime, cause remember "Time Never Goes Back". It applies the same in finding your ideal life partner, your suitable career or business, therefore the morale is LOVE & grab hold of the opportunity that you have now, don't waste time!

pandangan aku,.... cinta / soulmate dah ada tak perlu di fikirkan lagi.... dah ada pegang.. bukan cuba membanding-bandingkan... lihat sahaja apa yang terjadi bila kita cuba mengganti dan membanding-bandingkan... bak kata Dato' Rahim Razali dalam Filem Cinta "isteri itu anugerah yang mesti dihargai... bukannya milikan..." camtulah lebih kurang maksudnya...

Berjiwang sikit rupanya aku nih... btw, aku dah bukak jahitan pagi tadi... rasa macam ada something missing kat kepala aku sekrang nih.....

Labels: ,


Bunga Rampai: Bayangkan

Terbaca blog Bunga Rampai, seorang guru aku kira. punyalah sedih bila dapat bayangkan apa yang di taip di dalam blognya. Minta-minta keluarga aku di jauhkan daripada perkara-perkara seperti ini, Amin......

Ingat kita susah, ada yang lagi susah... ingat kita senang, ada yang lagi senang... ingat kita sakit, ada yang lagi sakit... ingatlah bagaimanapun, mesti ada yang boleh melawan... syukur Alhamdulillah dengan apa yang kita ingat...


Semalam aku dan Wife ke Mines tengok movie "Jangan Pandang Belakang". Kami sempat dapat tiket 7.40 mlm di Mines. Kelam kabut gak aku, sebab petang semalam ke Shah Alam ambil tayar kereta. Sampai opis dalam 5.50 petang, terus aku bergegas ke rumah.

OK, cerita dia bagi aku "boleh lah". Agak menyeramkan sebab kisah-kisah nie yang selalu kita dengar dan bercerita bila lepak dengan kawan-kawan. Bagi aku, part yang paling menyeramkan ialah masa Darma (lakonan Pierre Andre) balik ke Kampung di Perak dan Opah Darma (lakonan Rusminah Sidek) nampak benda tue. Opah Darma dah nyanyuk dan dia selamba jer bagitau dan cerita-cerita pasal benda tue. Memang benda-benda halus nie paling takut bila kita tak nampak.

Filem ini juga merupakan salah satu elemen perosak orang-orang Islam Malaysia. Sepanjang cerita menunjukkan pergaulan Lelaki dan Perempuan yang bukan muhrim dengan selamba keluar masuk rumah bujang. Dan yang kedua yang paling aku menyampah ialah sikap manusia yang lalai dan terus lalai. Bila betul-betul kena kacau dan rasuk, sibuk cari Allah swt. Bila dah tenang sikit, abis lupa semua tue.

Didalam panggung, kami mendapat kerusi di barisan kedua dari depan. Dan belakang aku ada sekumpulan makhluk Noq yang sepanjang cerita memberi komen-komen bagi meng'cover' ketakutan. Rasa macam tengok wayang kat kampung pun ada, mungkin dorang semua tak tahu yang pelakon dalam skrin tu tak boleh nak dengar pandangan-pandangan membina dan bernas dorang semua. Kemudian kat kerusi depan aku ada sekumpulan budak ponpuan bujang yang asyik menutup muka dengan paket twisties yang di bawa.... kerusi sebelah aku lak, tak henti-henti tengok jam. Mungkin ada perkara urgent yang memerlukan cerita habis awal. Mata aku lak tak boleh nak duduk diam. Ada jer benda yang boleh mengganggu konsentrasi, nie kena latih berikan tumpuan yang lebih....

Rating aku bagi keseluruhan cerita ini ialah 3.7 daripada 5 bintang. Sebab, benda yang terbang masih boleh melihat tali dia dan tangan benda tue suka sangat mengentel-gentel.

Camanapun, Alhamdulillah... aku dapat tengok keseluruhan cerita. Walaupun aku ni kurang minat tengok cerita-cerita hantu. Aku lebih suka tengok cerita-cerita komidi. Nak tengok Mr. Bean, tayangan jam 7 malam, jadi confirm maghrib akan di BURNkan dengan sengaja. Minggu depan boleh set tengok "SPIDEMAN 3" kot... Insya-Allah

Labels: ,


Monday, April 09, 2007

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:

… Dan Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu.

Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

  • Cara berkomunikasi
  • Cara berfikir
  • Tahap kepekaan dan perasaan
  • Tanggapan
  • Tindakan dan perbuatan
  • Kaedah mempamerkan kasih sayang
  • Kehendak mempamerkan kasih sayang
  • Kehendak dan pengharapan
  • Cara mempamerkan penghargaan
  • Cara dan tahap pengorbanan
  • Cara dan daya khayalan
  • Daya pengamatan dan konsentrasi
  • Cara dan pengisian doa

- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.

- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.

- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu.

Labels:


Sunday, April 08, 2007

A woman repeated a bit of gossip about a neighbor. Within a few days the whole community knew the story.

The person it concerned was deeply hurt and offended.

Later the woman responsible for spreading the rumor learned that it was completely untrue.

She was very sorry and went to a wise old sage to find out what she could do to repair the damage.

"Go to the marketplace," he said, "and purchase a chicken, and have it killed. Then on your way home, pluck its feathers and drop them one by one along the road."

Although surprised by this advice, the woman did what she was told.

The next day the wise man said, "Now go and collect all those feathers you dropped yesterday and bring them back to me."

The woman followed the same road, but to her dismay, the wind had blown the feathers all away. After searching for hours, she returned with only three in her hand.

" You see," said the old sage, "it's easy to drop them, but it's impossible to get them back.

So it is with gossip. It doesn't take much to spread a rumor, but once you do, you can never completely undo the wrong."

Labels:


Saturday, April 07, 2007

aku shopping kat lelong.com lagi!!! ntah, aku dalam keadaan boring sebenarnya... jadi bila aku surf dan belek-belek... aku terBID beberapa benda. Kebanyakkannya semua mainan. Tetapi yang aku menag 2 item jer. 2 biji lampu suluh (RM 1) dan sepasang earphone wireless (RM 3.50). Kedua-dua item aku kena bayar duit pos dalam RM12 setiap satu.

Sebenarnya aku taknak beli pun... saja suka-suka bid. Tapi dah menang, terpaksalah aku terima kenyataannya... Itulah, rezeki namanya... kalau bukan berpihak kepada aku pun, rezeki itu berpihak kepada sang penjual...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Lampu suluh

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
earphone wireless

hmm... apalah aku nih... ada nafsu satu pun susah nak kawal...

Labels:


Friday, April 06, 2007

hmmm... apa nak citer? lagi-lagi pasal masalah daripada blog nie... tak abis-abis ada sahaja yang nak di katakan pasal blog... semua salah, tulis dan tak tulis... apa yang boleh aku buat untuk hilang daripada muka bumi ini?

Daripada hari Rabu lalu (4hb April 2007) aku ke Excel Resort di Broga, Negeri Sembilan. Aku kena mengikuti satu program TEAM BUILDING bersama dengan Excel Training and Consultancy yang mana pengarah urusan nya ialah Dato' Dr Fadzilah Kamsah... ok, aku tak nak komen pasal program nie dulu... itu insya-Allah akan akumasukkan didalam entri blog ini bila di beri peluang, Insya-Allah...

Kau dikatakan pandai... dan kau juga dikatakan bodoh dalam menilai... kenapa aku yang hina dina ini membuat BLOG?

  1. salah satu alat untuk AKU melepaskan STRESS. Ya.... aku melepaskan stress dengan bercerita. Tetapi aku tidak pandai bercerita dengan manusia... jadi aku hanya berinteraksi dengan mesin (maya).
  2. Bagi memberitahu perkara-perkara yang pernah tersangkut di dalam pemikiran aku. Bukan aku hendak mendokumentsaikan... tetapi aku hanya ingin memberitahu BAHAWA ini semua pernah mengganggu JIWA dan PERASAAN aku.
  3. Memberi tahu HASRAT dan KEINGINAN... bukan komen dan tulisan ini semua untuk membunuh atau marah. Ini sahaja peluang aku memberitahu... aku TIDAK SUKA, aku SUKA, aku GEMBIRA.... I'm suck at telling things... so I just write and write.... kenapa kau tidak boleh MEMAHAMI apa yang aku cuba sampaikan?
  4. Bagi anak cucu cicit aku mengenali diri aku suatu hari kelak.... aku tahu, aku akan menjadi SOMEBODY suatu hari nanti... dan aku juga tahu umur aku tidak panjang... sekurang-kurangnya aku ada sedikit cebisian diari untuk di kongsikan....
  5. Berkongsi...... kenapa bila orang bercakap aku di minta diam dan mendengar? tetapi bila aku bercakap, mereka semua membalas dan bercakap? Aku bukan paksa untuk mengambil tindakan tetapi aku memberitahu apa yang perlu di ambil!!!!
  6. Insya-Allah aku tidak marah dan berdendam... sekadar memberitahu apa yang pernah berlaku... kan ke setiap entri blog ada tarikh dan masa... cuba di kaji apa yang sebenarnya berlaku pada tarikh dan masa tersebut? kan ke bodoh, mengulangi setiap perkara yang dah berlalu?

oklah... ada banyak lagi yang nak aku kata... tetapi aku tidak ditanya khabar berita... dan sekarang kepala aku sungguh sakit akibat daripada 6 jahitan yang aku terima....

Alhamdulillah, aku masih hidup..... dan di saat ini aku mengampunkan semua yang sudi membaca blog ini walaupun terpaksa... INSYA-ALLAH....

Labels:


NIOSH Team Building 4 - Day 3

Akhirnya hari penghujung tiba jua. Setiap yang bertemu akan berpisah. Setiap yang bermua pasti akan berakhir. Kumpulan aku (Young Starz) mendapat tempat ke-2, Alhamdulillah...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Penerimaan sijil daripada ED NIOSH

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Hadiah kumpulan daripada Mr. Munu

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Group photo

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Young Starz

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Young Starz - posing bebas

Alhamdulillah, tamat sesi NIOSH Team Building 4.

Reaksi positif daripada ED menunjukkan program Team Building akan di teruskan lagi...

Labels: ,


Thursday, April 05, 2007

NIOSH Team Building 4 - Day 2

Hari kedua penuh dengan aktiviti Out-Door di sebelah paginya. Selepas senaman pagi dan sarapan kami dikehendaki menghabiskan Excel Race. Excel Raca mempunyai 8 aktiviti yang di sediakan. Antara aktivitinya ialah:

  1. Obstacle 1
  2. Obstacle 2
  3. Obstacle 3
  4. JBA
  5. Titanic
  6. Membuat Rakit
  7. Sumpit
  8. Flying Fox

Daripada 8 aktiviti, Young Starz berjaya menduduki 3 tempat Juara, 4 tempat naib Juara dan 1 tempat terakhir. Kesemuanya mempunyai 4 pasukan iaitu:

  1. Mantap
  2. Young Starz
  3. 3 Rasa
  4. Koboi

Kesemua aktiviti menyeronokkan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aktiviti Senaman Pagi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sebelum memulakan Excel Race

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Obstacle 2

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Obstacle 2

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Obstacle 3

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Obstacle 3

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Obstacle 3

Semasa obstacle 3 ada sedikit kecelakaan berlaku kepada aku. Aku terlalu gelojoh menghabiskan 'commando crawl' sehinggakan kepala aku tercedera pada kawat duri. Panjang gak luka, ada dalam 2 inci. Penuh darah di muka aku... tetapi itu semua tidak membuat aku patah semangat untuk menarik diri.

Aktiviti selepas itu semua terpaksa aku habiskan dengan kepala berbalut.... boleh ler... ada ler sedikit parut kenangan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
JBA dan Titanic - hensem tak?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
JBA

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Membina Rakit

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Berakit

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Menyumpit

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Taklimat sebelum Flying Fox

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Flying Fox

Habis aktiviti, seketariat (Jack) membawa aku ke kelinik di Semenyih. Pada mulanya aku bercadang ke kelinik bila balik ke rumah. Tetapi Yuzainie berkeras meminta aku ke klinik dan menjahit luka aku. hmm... bila agaknya aku dijahit... rasa macam jahitan terakhir semasa aku berkhatan... hahahahaha

Alhamdulillah, tiada komplikasi teruk semasa pendarahan. semua orang risau aku pitam bila melihat darah yang keluar daripada kepala begitu banyak. disebabkan luka itu berada di atas kepala dan secara tidak langsung ia menghalang penglihatan visual aku.... jadi pemikiran aku berkeras mengatakan luka itu hanya sedikit.

Berparutlah nampaknya kepala aku nih... kelau botak esok mesti nampak parut... rasa macam gangster sikit....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
6 Jahitan di Kepala aku daaa

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aktiviti kumpulan malam

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Persembahan kumpulan

Alhamdullillah.... berjaya juga aku mengharungi hari ke 2. Sedikit pengalaman yang menimpa diri aku untuk peringatan diri ini dan kawan-kawan. Ini kejadian ke dua dalam hidup aku yang berkaitan kecederaan di kepala. Kali pertama dulu semasa aku di Tahun 1 (UKM). Doktor terkejut melihat aku berjalan kaki ke klinik dengan selamba. Doktor yang merawat aku rasa bersyukur sebab aku tidak pitam, kalau mengikut tekanan darah pada masa itu... Alhamdulillah, Allah banyak memberi kekuatan dan keyakinan di dalam diri aku..... insya-Allah semua ini dapat membuatkan aku lebih tabah dan bersyukur kepadaNya...

Labels: ,


Wednesday, April 04, 2007

NIOSH Team Building 4 - Day 1

Sekumpulan 32 orang kakitangan NIOSH telah di pilih bagi menjayakan program Team Building. Kali ini nama aku terpilih pergi sebagai peserta. Program kali ini bertempat di Excel Resort, Broga.

Menariknya program kali ini ialah fasilitator dia semua hebat-hebat belaka. Taklimat malam di berikan sendiri oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Fadzilah Kamsah. Memang menarik ceramah dia. Sempat juga Dato' memberitahu maksud nama aku iaitu Iskandar adalah pemimpin dan Syahril adalah bulan. Jadi aku ini ialah Pemimpin Bulan...hahahaha

Alhamdulillah, hari pertama banyak perubahan yang dapat aku terapkan didalam kehidupan aku... banyak ilmu yang dah tau tetapi tidak di amalkan... Subhanallah... Syukur aku di pilih mengikuti program ini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku dan Azman di meja depan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aktiviti petang

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kumpulan Young Starz

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Persembahan pengenalan kumpulan Young Starz

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
santai malam

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gambar kenangan bersama Dato Fadzilah Kamsah

Alhamdulillah... tamat hari pertama dengan penuh semangat dan syukur....

Labels: ,


Dah lama aku nak join group 3 rasa kat NIOSH. Group nie sebenarnya akan ke Seremban sekali sekala bagi makan dan minum malam. Kenapa 3 rasa? sebab air yang di pesan adalah spesel dan mempunyai 3 rasa. Air itu ialah Tongkat Ali (pure), Air Sarsi (pure) dan Air limau madu (pure). Pergh di punya penangan punyalah best. Dan warung nie cuma menyediakan nasi goreng dan ikan talapia sahaja. Ini sahaja speciality warang nih. Dan malam tadi aku bersama Mejor Hanif, Amin, Saupi dan Anuar ke sana. Kami ke Seremban (jalan menghala ke Kuala Pilah) selepas solat Maghrib.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Air 3 rasa

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nasi Goreng dan ikan talapia goreng

Alhamdulillah.... itulah ragam kehidupan. Makan-makan, kenyang dan jam 11 malam aku sampai rumah. Punyalah seksa malam tadi. Aku kena tido sorang-sorang atas lantai... Subhanallah...

Labels:


Tuesday, April 03, 2007

Semalam aku cuti... amik anak di LCCT. Lepas amik anak-anak, kami terus ke Mid Valley... saja jalan-jalan. Bebudak semua dah hampir 2 bulan di Kedah. Temankan Atuk di kampung.

Saja je jalan-jalan di Mid Valley... dah lama tak jalan-jalan dengan family... seronok sangat. Beli beberapa baju anak-anak dan barangan makan untuk rumah. Petang balik, semua pengsan. Penat berjalan seharian....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pica baru sampai di LCCT

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Makan Ais-Krim di Mid Valley

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Di Carrefour