Pemikiran is150

blog is150... pemikiran aku... kisah hidup.. bisnes-bisnes aku, email-email yang aku dapat dan yang penting... aku punya sukalah apa aku nak taip... kalau nak komen, komenlah apa yg korang nak...

Free chat widget @ ShoutMix


Ahad, Januari 04, 2009

Lama dah kami tak ke WareHouse Sales.... Dalam forum extdk.net, ada member bagitau ada Hytex (pembekal pakaian untuk World of Cartoon)... so semalam (3hb Jan 2009) kami sekeluarga ke sana....

20 December 2008 to 18 January 2009
Every Weekend Only

Hytex - Warehouse Sale
From RM1

All Branded Apparels
Products & Brands Offered

Children Apparels
Issue
American Atheletes
Tenderly
Disney
DIsney Babies
Looney Tunes
Looney Tunes
Babies

Time
10am to 6pm
Location (Tel 603 6273 2323)
Lot 25 Jalan E1/5
Kawasan Perindustrin Taman Ehsan
Kepong
52100 Kuala Lumpur

Jarak dari rumah dalam 55km. Sempat habiskan RM 230++.... lebih kurang 21 pasang baju untuk 3 anak (sebulan, 5 tahun dan 6 tahun)... biasanya akan habis dalam seratus lebih dekat "World of Cartoon" untuk sepasang baju untuk 2 org anak..... nasib baik hujan... kalau tak mmg dah borong abis...

Photobucket
Orang ramai sibuk ambil baju

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
duduk tepi dan pilih/check baju

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Sibuk membayar

Seronok.... tengah rancang nak pergi lagi...

Label: , ,


Selasa, Disember 16, 2008

TUNGGUUUUU........

DO NOT SAY : I CAN'T
by Edgar A. Guest

Can't is the worst word that's written or spoken;
Doing more harm here than slander and lies;
On it is many a strong spirit broken,
And with it many a good purpose dies.

It springs from the lips of the thoughtless each morning
And robs us of courage we need through the day:
It rings in our ears like a timely-sent warning
And laughs when we falter and fall by the way.

Can't is a word none should speak without blushing;
To utter it should be a symbol of shame;
Ambition and courage it is daily crushing;
It blights a man's purpose and shortens his aim.

It poisons the soul of the man with a vision,
It stifles in infancy many a plan;
It greets honest toiling with open derision
And mocks at the hopes and the dreams of a man.

Can't is the word that is foe to ambition,
An enemy ambushed to shatter your will;
Its prey is forever the man with a mission
And bows but to courage and patience and skill.

Hate it, with hatred that's deep and undying,
For once it is welcomed, 'twill break any man;
Whatever the goal you are seeking, keep trying
And answer this demon by saying: 'I CAN.'

Sabo......

Label:


Selasa, Disember 02, 2008

Tahun nie, Pica yang paling mewah... sambut birthday sampai 3 kali... sekali kat rumah, sekali kat rumah opah Cik dan sekali kat Daycare Krista.

Photobucket
1st birthday Cake (Secret Recipe)

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Nuqman n Paksu

Photobucket
Birthday present from umi

Photobucket

Photobucket
Birthday present from Atuk n Uma

Photobucket
2n Birthday Cake

Photobucket
Photobucket
Pica n Pakcik Mie

Photobucket
Photobucket
Nuqman, Pica n Atuk

Photobucket
3rd Birthday Cake (U. Marina)

Photobucket
Pica at Krista

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Pica geng

Alhamdulillah....

Label:


Ahad, November 30, 2008

Photobucket - KLIFF 2008

Sempat gak aku n Fit pergi Anugerah KL International Film Festival 2008. Nie kira kali pertama aku dan Fit attend majlis bersiaran langsung... sebelum nie tengok kat TV jer... kira dapat pengalaman barulah...

camanapun, terima kasih bebanyak kepada Pengerusi FINAS a.k.a Y.B. Razali Ibrahim yang sudi menjemput warga-warga extdk mengikuti majlis. Kami sampai agak awal atau on time, dan dapat ler seat yang agak baik. Di situ gak aku jumpa member exUKM dan exNIOSH... Fairuz dan Saiful Buri... Tak kemana dunia nie, tak jumpa kat Bangi, di PWTC kita berjumpa...

Majlis kena berbaju Batik... dan lepas nie kena beli banyak lagi baju batiklah gamaknya... aku cuma ada 3 helai dan dua daripadanya sama warna dan agak lama dah aku pakai... lebihan bonus hujung tahun boleh ler aku buat tambah stok baju batik... insya-Allah...

Label: ,


Ahad, November 16, 2008

Semalam Fit warded lagi... first warded last week, balik dari Concert Krista di Wisma MAA. Last week ada rasa sakit-sakit, jadi balik singgah Hospital Pakar An-Nur. Dr check kemudian arah di warded... dari jam 7.30 malam, duduk dalam labor room sampai laa jam tengahari isnin 10hb nov.

Sabtu (15 nov) pergi buat weekly check-up... kena tahan lagi... duduk laa kami 4 beranak di ward 1 hari... Fit sepatutnya due 15 dec 2008. Last week kalau bersalin kira pre-mature atau tak cukup bulan... minggu nie kira cukup-cukup bulan jer...

Tengahari tadi Dr discharge dari ward... balik rehat kat rumah lagi... tengahari singgah rumah Zaitul Husna (kawan fit), dia jemput lunch... balik dalam jam 3 terus pengsan kat rumah... penat wooo tido wad...

Label:


Ahad, November 09, 2008
Pagi nie ke Menara MAA, ada Majlis Graduasi dan Konsert Tadika Krista. Nuqman dan Iman ambil bahagian dalam konsert "Sound of Music". Dah berminggu Nuqman dan Pica asyik nyanyi lagu Do-Re-Mi dan So Long, Farewell.... sampai tido pon terngiang-ngiang lagu tue...kemudian, Nuqman buat tarian joget dan Iman buat gimrama.

Majlis start jam 2 ptg, kami sekeluarga jam 12.46 dah sampai... dah ada parent yang sampai pon... boleh ler pilih seat yang elok sikit... Majlis start dengan graduasi pelajar K2 (6 tahun), Nuqman bagitau majlis orang dapat hadiah... kira boleh lah...

Majlis tahun nie merupakan gabungan 4 buah tadika Krista, iaitu daripada Seri Putra, Nilai Impian, Puchong Hartamas dan Seri Kembangan (ye kot)... banyak gak Krista nih...

Comel sangat....

Label:


Selasa, Oktober 14, 2008

Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kurang memiliki minat yang tinggi untuk menjejaki jurai keturunan atau salasilah keluarga mereka sendiri. Barang kali mereka beranggapan tiada sebarang faedah atau manfaat sekiranya mereka menyelidiki secara lebih mendalam tentang keluarga mereka. Kecenderungan menyimpan atau menulis rekod-rekod salasilah boleh dikatakan hanya terdapat dalam kalangan pemerintah khasnya golongan kerabat diraja atau pembesar-pembesar negeri. Tujuan penulisannya barang kali tidak lebih untuk menyatakan keabsahan pemerintahan mereka di sesebuah negeri atau jajahan taklukan mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang menyusun salasilah adalah bertujuan semata-mata ingin menuntut takhta kerajaan, kuasa atau harta perwarisan untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.

Perkataan ‘salasilah’ berasal daripada kosa kata bahasa Arab yang bermaksud “daftar keturunan atau jurai keturunan”. Ensiklopedia Islam (2004), halaman 250 mendefinisikan salasilah sebagai “daftar atau susunan asal-usul keturunan, biasanya dimulai daripada tokoh yang dianggap penting dan dihormati yang memiliki nilai sejarah”.

Pengetahuan tentang salasilah dianggap sebagai salah satu cabang ilmu yang penting khasnya dalam bidang sejarah dan ia dikatalogkan sebagai bidang sains sosial. Berdasarkan pengertian yang sempit, ilmu salasilah ini merupakan kajian berkenaan individu dan hubungannya dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, sekiranya kita memahami pengertiannya yang luas, ilmu salasilah ini merangkumi kajian yang mendalam tentang sejarah, biografi, geografi, sosiologi, undang-undang, perubatan, linguistik dan sebagainya. Kita sewajarnya berpegang kepada takrifan yang luas kerana kita bukan hanya sekadar ingin mengetahui nama dan tarikh penting yang dilalui nenek moyang kita sahaja, tetapi juga corak kehidupan mereka serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara mereka. Apa yang lebih penting ialah pengkajian tentang ilmu salasilah keluarga mampu memupuk jati diri seseorang individu.

Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga memerlukan pengorbanan yang besar kerana para pengkaji dalam bidang ini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada ahli keluarga yang dikenali atau tidak. Maklumat-maklumat yang diperoleh itu sama ada maklumat lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan kesahihannya agar tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak lain yang mempunyai autoriti.

Justeru, penulisan salasilah perlu diberi keutamaan sekiranya seseorang itu ingin menjejaki semula sejarah asal-usul keturunannya. Tambahan pula, salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat yang bertamadun. Menjejaki asal-usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada penerusan hubungan silaturahim antara kaum kerabat. Pengekalan hubungan silaturahim sesama kaum kerabat pula sangat dituntut oleh Islam.

ALLAH S.W.T. berfirman:

Dan bertakwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat...

(Surah an-Nisa’: 1)

Sumber is150.net

Label: ,


Isnin, Oktober 13, 2008

Ish... dah sampai episod lima lak... belum lagi masuk isu-isu berhari raya... bila ler nak abis citer-citer nie... sampai kekadang tue main cerita jer... sebab idea datang bila nak tido atau tgh drive... bila duduk jer dpean PC... blank...

3hb oct a.k.a hari Jumaat... kami sekeluarga berangkat ke Pokok Sena, Kedah. Ada 2 majlis perkahwinan sepupu Fitriah di Alor Star dan Sg Petani.

Malam khamis setelah abis majlis di Sg Petani kami ke Bertam, Pulau Pinang. Singgah rumah ibu mertua Long. Dalam jam 10 malam baru bertolak balik Pusing, Perak. Keadaan jalan malam itu sungguh mengecewakan.... Perjalanan biasa boleh sampai sebelum jam 12 tgh malam. Tetapi kami sampai lepas 2 pagi... sungguh memenatkan....

Photobucket - ammar fakhrurazi
Ammar (anak saudara paling latest)

Photobucket
Di Sg Petani

Photobucket
Di bertam

Photobucket
di Cochrane

hmm.... dah sampai rumah....

Label:


Sabtu, Oktober 11, 2008

Hmm... berjaya gak aku onine.. setelah sibuk ngan kerja-kerja.. sat lagi nak ke PD... program ANSARA Terendak. 2nd hari raya... tunggu di rumah... menunggu orang datang... janji kul 12 tengahari... kul 4 ptg baru sampai... so... dengan selamber nye kami hanya ada waktu selepas 4.30ptg baru boleh keluar jalan beraya...

Photobucket
Mak Yong, Mak n Abah (di Taiping)

Photobucket
Di Ipoh rumah Pak Ucop

Photobucket
Di Taman Silibin, Ipoh. Rumah Uncle Musa

Habis satu hari..... Nie 1st time aku sekeluarga beraya sampai jam 1 pagi Itu baru sampai rumah. Dulu masa kecik-kecik mmg selalu beraya sampai kul 2-3 pagi... cuma sejak berkeluarga sendiri... kurang keluar malam.

Label: ,


Rabu, Oktober 08, 2008

Masih lagi dalam raya pertama. Lepas jer bersalam-salaman, bermaaf-maafan... kami sekeluarga bertolak ke Kampung Arwah Tok dan Opah di Parit, Perak.

Keluarga makcik dan keluarga makchu dah ada di sana.

Photobucket - fakhri saub
Depan rumah Tok (Gambar besar : Fakhri)

Photobucket
Di rumah Uncle Man

Photobucket
Antara saudara lelaki sebelah abah

Photobucket - sepupu-sepupu dan adik
Sepupu-sepupu

Photobucket
Di rumah Opah Chik

Abis beraya di Parit kami ke Ketior, Perak dan seterusnya ke Gelung Pepuyu, Perak. Lewat petang baru balik ke rumah di Pusing, Perak.

Abis dah episod ke 3 bersambung ke episod ke 4

Label:


Isnin, Oktober 06, 2008

Yea-yea... raya... 1st day Raya... solat sunat Raya di Masjid Pusing, Perak. Kami tak tahu solat start jam berapa... jadi kami andaikan start kul 8 pagi... kamilah jemaah terawal... rupa-rupanya start jam 9 pagi... sejam lebih ler kat masjid... Tahun nie 1st time nuqman ikut ke Masjid...

Balik dari masjid kami sekeluarga bergambar... dan bermaaf-maafan...

Photobucket - whole family
Whole big happy family

Photobucket
My Family and Parent

Photobucket - My Family
Family is150

Photobucket
Pica salam Atuk n Uma

Seronoknya... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Label:


Jumaat, 26 September 2008. Balik ke Manjung, Perak. Amik kereta di KL, dan kemudian ke rumah makcik di Cochrane amik Alya. Perjalanan JEM teruk. Keluar rumah dari jam 6 petang. Sampai jalan Ipoh jam 8 mlm lebih.... tunggu kereta lebih kurang... Alhamdulillah, PLUS lancar... Sampai Manjung lebih kurang jam 2 pagi...

Hari Sabtu kami ke Pusing, Perak selepas berbuka. Mulanya hendak berbuka di restoren Cheng-Ho di Manjung. Tapi dah fully book... jadi kami ke Pasar Ramadhan dan balik ke rumah berbuka...

Hari Ahad, 28hb September 2008... Abah ajak keluarga Mak Su ke rumah berbuka.

Photobucket - buka puasa di Pusing
Suasana Berbuka di Rumah

Photobucket - solat di Pusing Perak
Solat di rumah

Photobucket
Nuqman dan Bunga Api

Photobucket
Pica, Nuqman, Pak Su dan Pak Ngah

Bersambung di episod ke 2.... tunggu....

Label:


Alhamdulillah... akhirnya dapat gak ler kami tukar kereta ini tahun...

Cadangan asal memang nak tukar tahun depan... malah aku dah buat plan... lepas raya jual Spectra dan guna kancil sampai ler hujung tahun atau pun sampai anak lahir sebulan... lepas tue baru cari kereta baru.... tapi kita hanya merancang... Allah yang tentukan...

Macamanapun, Spectra lama aku kurang memberikan masalah kepada aku... cuma saiz keluarga sudah kurang sesuai... Nuqman dan Pica asyik berebut nak baring...

Proses menunggu Nissan Grand Livina tak lama... dalam 3 minggu... itu pun sebab ramai yang nak cepat... untuk kegunaan Raya nie... Kali nie sempat memilih nombor kereta...

Photobucket - Meter spectra
Last servis daripada Spectra

Photobucket
Amacam?

Photobucket
Nuqman

Photobucket - Spectra dan Grand Livina
Grand Livina dan Spectra

Hari ini... (selepas 9 hari) aku sudah jalan lebih 1,600 km... masa untuk 1st servis...

bye-bye... Sekian...

Label: ,


Ahad, Oktober 05, 2008

Dah di rumah... banyak gambar di tangkap untuk memenuhkan galeri is150.net. Banyak keluarga yang berjaya di lawati... cuma tak sempat nak menemu ramah semua... aku lebih banyak berdiam dan mendengar...

dapat ler beberapa data yang boleh di update... cuma agak terkilan sedikit... banyak rumah tak dapat di lawati..

Label: , ,


Isnin, September 29, 2008

Sekarang berada di Pusing, Perak. Memang niat tak nak online... sebabnya aku tak renew broadband celcom... speed dia sungguh mengecewakan... tetapi... alhamdulillah, ada insan-insan yang baik hati berkongsi line streamyx. Tak tahu siapa punya line. Yang penting dapat detect network... jadi tak perlulah aku merayau cari bank... cukup sekadar membuat transaksi online.

Banyak yang nak di kongsi... insya-Allah minggu depan di pejabat boleh menaip panjang lebar...

Salam Lebaran

Label: ,


Jumaat, September 26, 2008

Salam Lebaran,

Blog.is150.net tidak beroperasi selama 9 hari bagi memberi laluan is150 beraya sakan... lagi pun malas nak bawa laptop balik kampung dengan internet....

Maaf Zahir dan Batin

Label: ,


Tahun nie macam terbanyak lak kad raya aku terima... dan tahun nie lak aku tak hantar sekeping pon kad raya... almaklumlah... sorang stff masuk wad kena Carpal Tunnel Syndromme (CTS)... dan tiada siapa boleh aku harapkan untuk menghantar kad-kad aku... memandangkan masa aku kat pejabat waktu bulan puasa nie teramat terhad...

Tahun nie NIOSH kasi kurang lak kad raya... sorang dapat 25 keping aje.... (agaknya lah... ke lagi kurang?)... itu yang aku tahu lah...

Photobucket
Antara kad raya yang aku dah terima

Photobucket
Kad raya NIOSH

dan tahun nie... kad raya yang paling spesel aku dapat adalah daripada Nuqman dan Pica.... seronok sangat... beso dah anak-anak aku....

Photobucket
Kulit depan kad raya

Photobucket

Alhamdulillah... Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin

Label: , ,


Khamis, September 25, 2008

Spiderman muncul lagi! Kali ini dengan pakaian hitam lak... Siap bawak mask pegi nursery...

Photobucket
Spiderman Nuqman

Photobucket

Photobucket
Spiderman dan musuhnya... Peecha...

Baju Superman dan Batman tak sempat nak tangkap sebab berbuka kat luar hari tue... balik rumah Nuqman dah tido...

Label:


Rabu, September 24, 2008

Kecederaan yang berlaku akibat kemalangan kenderaan bermotor adalah penyebab kematian yang utama untuk semua peringkat umur di Malaysia. Statistik menunjukkan daripada 1985 - 1997, jumlah kenderaan berdaftar dan juga jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya adalah berganda, manakala jumlah kemalangan yang melibatkan kenderaan berdaftar pula meningkat sebanyak 2.5 kali ganda. Statistik menunjukkan kemuncak kemalangan yang berlaku adalah pada musim-musim cuti persekolahan dan cuti perayaan . Ini adalah kerana pada kedua-dua musim ini, terlalu banyak kenderaan berada di atas jalan. Daripada aspek ekonomi pula, hampir RM6 bilion kerugian telah ditaksirkan akibat dari kemalangan yang berlaku.

Daripada keseluruhan kemalangan yang berlaku

  • 8.9 % adalah kes-kes kematian
  • 26.7 % mengalami kecederaan parah
  • 41.5 % mengalami kecederaan ringan
  • 22.9 % melibatkan kerosakan pada kenderaan
  • 56.3 % kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang berumur dari 16 hingga 25 tahun
  • 54.9 % kematian melibatkan penunggang motorsikal berusia 16 hingga 25 tahun

Di Malaysia, kematian penunggang motorsikal telah meningkat dari 6 kes dalam 10,000 pada tahun 1996 kepada 8.7 kes pada tahun 1997. Untuk kes kemalangan kereta, kadar kematian telah menurun dariapda 1.89 untuk setiap 10000 kereta berdaftar pada 1990 kepada 1.41 pada 1996.

Langkah-langkah keselamatan ?

Langkah keselamatan asas untuk kenderaan bermotor

  • Gunakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak yang khas di dalam kenderaan bermotor
  • Pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik. Sebelum anda memulakan sesuatu perjalanan , pastikan segala-galanya berada dalam keadaan baik .

Pastikan :

  • Enjin berada di dalam keadaan baik
  • Penanda suhu, minyak, tekanan dan lampu amaran enjin berada di dalam keadaan baik.
  • Minyak enjin , dan air bateri cukup.
  • Kipas , penyaman udara dan juga tali altenator berfungsi dengan baik.
  • Tekanan pada tayar memenuhi spesifikasi dan juga bunga tayar tidak kurang daripada 2 mm
  • Tayar simpanan anda sentiasa berangin dan sedia untuk digunakan
  • Stering anda tidak bergoyang-goyang semasa memandu
  • Penanda kelajuan dan juga hon berfungsi.
  • Lampu utama, lampu isyarat membelok dan juga lampu kecemasan berfungsi.
  • Kedudukan lampu utama mestilah diletakkan dengan betul.
  • Cermin pandang belakang dan juga cermin sisi berada di dalam keadaan elok dan tidak pecah atau retak.
  • Alat pengelap cermin (wiper) dan juga air pencuci cermin berfungsi sepenuhnya. Ia amat berguna untuk keadaan basah seperti hujan
  • Tali pinggang keledar berada di dalam keadaan baik.
Selamat Balik Raya... Semoga selamat sampai dan pulang...

Label: , , ,


Isnin, September 22, 2008

Bandar Seri Putra, kelihatan kelibat Spiderman meronda-ronda di depan satu taman perumahan di sini. Hari sabtu lepas sempat ke Nilai-3 sekeluarga. Nuqman dah lama minta ganti baju tidur dia yang majoriti dah kecik.... Dapat beli 4 pasang baju (Spiderman Merah, Spiderman Hitam, Superman dan Batman) keluar dari kedai punyalah menyengih sampai ke telinga. Sepasang baju cuma RM 18 cuma saiz dia ikut suka... kalau beli jer ikut saiz yang di tampal, alamat nya boleh dapat saiz L dan S bercampur aduk.

Masuk kereta terus dia bagitau... esok nak bawak ke sekolah... nak bagitau kat kawan-kawan.... budak-budak....

Photobucket
Spiderman Malaya

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ragam anak-anak... esok nak pakai baju Spiderman Hitam lak...

Label:


Sabtu, September 20, 2008