Pemikiran is150
Satu minggu duduk Mahkota Century Melaka. Attend NIOSH 2009 Business Plan.... sungguh penat dan letih... meeting dan discussion dari jam 8 pagi sampailah 11malam... ada hari tue sampai 1 pagi...
Penat n mengantuk masih tak abis...
Label: niosh
Daripada Forum NIOSH
beberapa isu keselamatan yg timbul akibat dr tragedi ini:
- Disebabkan harga minyak yg tinggi dan kos pemasangan NGV yg tinggi, org mencari jln untuk mengurangkan beban tersebut dengan mengubah suai tong gas masak kat umah menjadi tabung NGV (which is i think dangerous)..
- Pemantauan ke atas syarikat2 atau bengkel2 yg memasang NGV, adakah
mereka benar2 kompeten/bertauliah atau hanya menangguk di air keruh (untuk mengambil kesempatan/keuntungan atas keadaan semasa)- Sekiranya terbukti sesuatu kemalangan berlaku disebabkan kesilapan
pemasangan, apa peruntukan perundangan ke atas syarikat2 atau bengkel yg
bertanggung jawab.- Etika mereka yg terlibat dlm pemasangan NVG ini.. (Ada org dtg bawa tong gas masak suruh pasang jadi NGV, belasah pasang je or....)
Yg pasti, jadi mangsa adalah rakyat/ masyarakat..
Ulasan ini hanyalah satu kemungkinan, berdasarkan maklumat yang dikemukakan dalam akhbar.
- Modifikasi ini adalah buatan sendiri, bukan dibuat oleh syarikat pemasang NGV. Syarikat pemasang NGV tidak akan menggunakan tangki LPG,sebab itu akan menyebabkan lesennya dicabut! Syarikat pemasang akan memberi pilihan tong yang paling murah, dari luar negeri, dari Brasil, China, -tapi masih memenuhi syarat.
- Saya percaya Van ini sudah dipasang dengan tangki NGV, sebab kalau belum dipasang, semua sistem assesorinya takkan ada. Tangki NGV asli ini dipasang kat belakang.
- Masalahnya, dengan satu tangki, hanya boleh jalan 150 km, sedangkan simamat ini selalu berjalan jauh. Maka dia perlukan 2 tangki! Maka dia pun pasang tangki LPG sebagai pengandung NGV tambahan, dan ini diletakkan dibawah tempat duduk hadapan. Gas keluar disambung terus kepada sistem yang telah sedia ada.
- Sekarang, apa yang terjadi : Tangki LPG dibina dengan tekanan maksimum 20 bar, atau 300 psi sahaja. LPG terdiri dari Propana 70% dan Butana 30%. Butana hampir tiada tekanan - iaitu gas untuk pemetik api. Tangki NGV bukan untuk gas yang dicairkan - tetapi gas yang dimampatkan! dan tekanan yang diperlukan adalah 200 bar, atau 3,000 psi! Tekanan gas di stesen minyak mungkin mencapai 3,500 psi!
- Apabila tangki LPG ini diisi, tangki ini tidak mampu menerima tekanan tersebut dan meletup - ini letupan fisikal! dan gas pun keluar. Gas ini
terus terbakar oleh enjin yang hidup, dan ini menyebabkan letupan kedua, letupan kebakaran! Letupan2 ini sangat cepat sehingga mungkin tidak ada orang yang sedar ada 2 letupan!Saya harap penjelasan ini adalah memuaskan. Tanggung jawab kita untuk memberi tahu masyarakat bahawa Tangki LPG hanya mampu menampung sepersepuluh daripada tekanan NGV! Menggunakan tankgi LPG untuk NGV berarti menempah maut.
Ir Daud Sulaiman
Apa yang layak aku komen???
Hari nie download gambar dari camera... ada dalam 400 gambar... terus aku malas nak pilih dan edit...
Tadi ada pilih beberapa gambar daripada persiapan open house NIOSH minggu lepas... resize dan terus emel kepada kakitangan... yang lelain... minggu depan kot...
insya-Allah semangat masih ada...
Tahun nie macam terbanyak lak kad raya aku terima... dan tahun nie lak aku tak hantar sekeping pon kad raya... almaklumlah... sorang stff masuk wad kena Carpal Tunnel Syndromme (CTS)... dan tiada siapa boleh aku harapkan untuk menghantar kad-kad aku... memandangkan masa aku kat pejabat waktu bulan puasa nie teramat terhad...
Tahun nie NIOSH kasi kurang lak kad raya... sorang dapat 25 keping aje.... (agaknya lah... ke lagi kurang?)... itu yang aku tahu lah...

Antara kad raya yang aku dah terima
dan tahun nie... kad raya yang paling spesel aku dapat adalah daripada Nuqman dan Pica.... seronok sangat... beso dah anak-anak aku....
Alhamdulillah... Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin
alhamdulillah.... selesai gak majlis buka puasa NIOSH...
Kul 3 tadi ada ceramah agama bertajuk "Lailatul Qadr dan Hari Raya Menurut Islam" oleh Ustaz Mohammad B. Abdullah.
Sedikit mengenai Ustaz Mohammad b. Abdullah
Mendapat pendidikan tinggi di Karachi, Pakistan dan kemudian di Universiti Malaya dalam pendidikan Syariah & Undang-undang. Seterusnya mendapat Ijazah Kedua di Univerisiti Al-Azhar Mesir dalam bidang yang sama. Menyambung pula M.A. di Univeristi Malaya dan M.A. Kedua di Universiti Islam Antarabangsa.Beliau merupakan pendakwah, penceramah dan aktif di dalam memberi kursus dan kaunseling secara bebas selama lebih 10 tahun. Sebagai panelis Al-Kuliah, Al-Hidayah dan program Motivasi di TV3 dan juga program yang sedang bersiaran di TV9 iaitu 'Tanyalah Ustaz'. Kerjaya beliau sekarang adalah sebagai Peguam Syari'e dan Pengurus Arabic Language and Consultancy (ALC) disamping mengelola SM Tahfiz Al-Amin di Bandar Baru Sunway dan Rumah Anak Yatim Hafiz Al-Ijabah, Subang Jaya.
Selain itu, Ustaz Mohammad juga melibatkan diri sebagai sukarelawan yang membantu tragedi dan bencana alam yang melanda Aceh, Pakistan, Jogjakarta dan Bengkulu.
Wajah Ustaz ambil daripada blog www.ustazamin.com
kemudian, keluar mengambil isteri dan anak-anak... mereka lepak kat opis aku kejap sementara menanti waktu berbuka.
Alhamdulillah... majlis berjalan agak lancar... Setiap mereka yang hadir menerima Sampul Duit Raya NIOSH sebagai doorgift. Sampul aje laa, duit isi sendiri...

graphic sampul duit raya NIOSH
Alhamdulillah... selesai gak... banyak nak cerita cuma kurang berkesempatan... nak rehatkan kaki dulu...
Minggu lepas ada talk KWSP di Penang. Dapat ler peluang balik Kedah sambut 1st day Ramadhan.

Pica n Nuqman tido dalam baby-cot
Tengok Baby Umi (Kawan Fit) di Pokok Sena, Kedah.
Puasa pertama kami berbuka di rumah Long di Bertam, Penang

Seornok... lepas jer berbuka... dalam jam 9 malam kami bertolak balik KL.

NIOSH melalui Kelab Kebajikan dan Sukan NIOSH menganjurkan...
NIOSH OSH @ Futsal Tournament 2008 Seperti butiran :
Tarikh 19 Julai 2008 (Sabtu)
Masa 8.30 Pagi ~ 6.00 Petang
Tempat Sports Planet Kajang
maklumat lanjut sms 01[sembilan]-558 0515 (iskandar) atau emel iskandar[at]ncsb.com.my
semua dialu-alukan daftar...
borang_futsal.pdfLama betul tak update blog nih... naik seram lak rasanya... Umi kerja kat KL... Malam Isnin, main badminton kat KL dengan geng Ansara Terendak. Sakit lagi tangan nih sebab dah lama tak main badminton... malah dah lama tak bersukan pon... hmmm...


Meeting Moderator - extdk.net
Nasib baik Umi ada workshop kat Quality Hotel, KL... boleh tumpang tidur bilik dia... dan pagi selasa tue, Nuqman dan Pica tak mau pergi nurseri... Dalang dia Pica... menangis macam apa ntah... terpaksa bawak ke opis..

antara aktiviti Nuqman n Pica


Tidooo

Optimus Prime dan rakan-rakan
Seronok dan penat... nasib baik esok cuti... lepak KL, hehehehe
hehehe... selamat hari jadi kat diri sendiri...

Abah n Pica lagi

Pica masih setia menanti
gambar-gambar kat bawah adalah beberapa gambar yg ada aku ambil sepanjang beberapa minggu lalu...

Pica jalan shoping di One Utama
Alhamdulillah, dapat gak TV baru... terima kasih Abah...

Nuqman bersedia ke sekolah


Pica tak mahu ke sekolah... menangis tue

Di sekolah (Krista)
Last 7-9 januari 2008 aku join kelas Keselamatan dan Pemanduan Trak Ansun (Folklift - Angkat Susun). Kursus dianjur oleh NIOSH. Dan ini merupakan kursus asas sebelum aku di lantik menjadi assessor lak.. insya-Allah...
Kursus ini cuma mengambil masa sehari bagi belajar teori. Sehari suntuk belajar secara praktikal (periksa, membawa dan menyusun) dan sehari suntuk ujian.

Check Folklift

Praktikal...

praktikal lagi

ada test lak
Alhamdulillah... keseluruhan kelas dan exam berjalan ngan lancar... lepas nie boleh lak aku bawak folklift lak... tak pon beli sebijik folklift letak belakang rumah...
Diam tak diam, dah sebulan aku tak update... malah dah sebulan gak aku tak menjenguk-jenguk dunia fana maya. Nak kata sibuk???? sibuk ler sikit... tapi kali nie tak buat-buat sibuk... memang sibuk giler... malah sekarang pon sibuk tapi sebab rasa tanggungjawab kepada alam maya... aku gagahkan juga menge'surf'....
Hari nie sepatutnya aku di NIOSH Johor Bahru... ada Surveillance Audit oleh Moody International... tapi disebabkan aku tinggal sorang kat opis, aku lupa book flight balik... aku cuma ada flight pergi jer... so cancell lah satu claim bulan nih...
Isnin dan Selasa lepas (17 dan 18 sept 2007), aku join kursus "CORPORATE GOVERNANCE" oleh MEF. Memang aku minta masuk kursus nih, saja tambah pengetahuan dalam kod etika di tempat kerja... Penceramah adalah Mr. Siddha, seorang lawyer dan juga consultant. Banyak cerita menarik dan ilmu yg sempat aku kaut... Alhamdulillah...
Hari nie, dah masuk hari ke-7 puasa... dan aku masih tak sempat-sempat nak merasa nikmat puasa... baru 1 malam dapat terawikh... insya-Allah malam nie boleh buat terawikh... dan hari nie gak aku start jual sikit barang di lelong is150. nak collect duit beli data card. Susah takde internet kat rumah... jadi bodoh dan malas... oklah, nak sambung kerja balik...
Alhamdulillah, Akhirnya kehidupan aku beransur ke normal... Setelah beberapa minggu penat dengan kerja dan rumah... Last 2 week aku ke Kedah, Audit OSH elemen latihan kem PLKN. Menarik dan banyak perkara yang kami dapat belajar dan tahu. Banyak perkara tersirat dan tersurat...
Dan minggu lepas kami sekeluarga tidur kat Hostel opis... sebab rumah kami tak abis renovate lagi... masih berhabuk dan berselerak... semalam balik dari Pusing, Perak baru masukkan kaki ke rumah... Kami berkemas sampailah tengah malam... mengakibatkan aku amik 1/2 day sat lagi... hehehehe

Balik dari Audit PLKN, aku sambung CSS di Pulau Pinang sorang-sorang. Hujung minggu tue aku lepak rumah mertua di Pokok Sena. Umi ke KK, Sabah... jadi Nuqman dan Pica melepak di kampung. Best, 2 hari yang penuh dengan buah-buahan... Untuk beberapa tahun dalam hidup aku.... akhirnya aku puas makan durian.... Ntah berapa puluh biji aku dah bedal... Wallahuallam...
Seronok dapat lepak kampung ngan anak-anak... rileks sekejap dengan hiruk pikuk kerja... walaupun dengan report yang menimbun dalam kepala... yang penting aku boleh rehatkan badan sikit...

Ijat main PSP

Pica, Aisyah dan Nuqman

Nuqman n Aisyah (sepupu Nuqman)

Pica cuba sakat abg nak bergambar
Alhamdulillah.... boleh susun atur balik hidup aku kot...
Memandangkan rumah aku dah ada gate... kerja-kerja membuka gate dan menutup gate adalah kerja Nuqman. Dia cuma tak tau nak buka mangga jer lagi... kalau tak, lepas nie, confirm, aku tak yah turun kereta... hehehe

Semangat buka dan tutup gate
Seronok dapat tengok semua orang excited. Aku sekarang pon asyik nak balik awal jer...
Minggu nie, Cinemax tayang lagi movie-movie Star Trek. Malam isnin lalu, Star Trek I : The Motion Picture. Semalam lak, Star Trek II : The Wrath of Khan. Maknanya, untuk dua minggu nie, cinemax akan tayangkan semua movie-movie Star Trek....
gambar berikut membuktikan aku lari dari kerja hakiki aku... aku pegi Kilang Panasonic di Shah Alam bukak booth pameran NIOSH untuk sejam. Lepas abis lunch hour, makan di kantin dan balik opis... Jadi hari tue aku makan lunch free....

Banting NIOSH dan DOSH


haaa... itu aje...
NIOSH Team Building 4 - Day 3
Akhirnya hari penghujung tiba jua. Setiap yang bertemu akan berpisah. Setiap yang bermua pasti akan berakhir. Kumpulan aku (Young Starz) mendapat tempat ke-2, Alhamdulillah...

Penerimaan sijil daripada ED NIOSH

Hadiah kumpulan daripada Mr. Munu

Young Starz
Alhamdulillah, tamat sesi NIOSH Team Building 4.
Reaksi positif daripada ED menunjukkan program Team Building akan di teruskan lagi...
NIOSH Team Building 4 - Day 2
Hari kedua penuh dengan aktiviti Out-Door di sebelah paginya. Selepas senaman pagi dan sarapan kami dikehendaki menghabiskan Excel Race. Excel Raca mempunyai 8 aktiviti yang di sediakan. Antara aktivitinya ialah:
Daripada 8 aktiviti, Young Starz berjaya menduduki 3 tempat Juara, 4 tempat naib Juara dan 1 tempat terakhir. Kesemuanya mempunyai 4 pasukan iaitu:
Kesemua aktiviti menyeronokkan.

Aktiviti Senaman Pagi

Sebelum memulakan Excel Race

Obstacle 2

Obstacle 3
Semasa obstacle 3 ada sedikit kecelakaan berlaku kepada aku. Aku terlalu gelojoh menghabiskan 'commando crawl' sehinggakan kepala aku tercedera pada kawat duri. Panjang gak luka, ada dalam 2 inci. Penuh darah di muka aku... tetapi itu semua tidak membuat aku patah semangat untuk menarik diri.
Aktiviti selepas itu semua terpaksa aku habiskan dengan kepala berbalut.... boleh ler... ada ler sedikit parut kenangan.

JBA

Membina Rakit

Taklimat sebelum Flying Fox

Flying Fox
Habis aktiviti, seketariat (Jack) membawa aku ke kelinik di Semenyih. Pada mulanya aku bercadang ke kelinik bila balik ke rumah. Tetapi Yuzainie berkeras meminta aku ke klinik dan menjahit luka aku. hmm... bila agaknya aku dijahit... rasa macam jahitan terakhir semasa aku berkhatan... hahahahaha
Alhamdulillah, tiada komplikasi teruk semasa pendarahan. semua orang risau aku pitam bila melihat darah yang keluar daripada kepala begitu banyak. disebabkan luka itu berada di atas kepala dan secara tidak langsung ia menghalang penglihatan visual aku.... jadi pemikiran aku berkeras mengatakan luka itu hanya sedikit.
Berparutlah nampaknya kepala aku nih... kelau botak esok mesti nampak parut... rasa macam gangster sikit....

Persembahan kumpulan
Alhamdullillah.... berjaya juga aku mengharungi hari ke 2. Sedikit pengalaman yang menimpa diri aku untuk peringatan diri ini dan kawan-kawan. Ini kejadian ke dua dalam hidup aku yang berkaitan kecederaan di kepala. Kali pertama dulu semasa aku di Tahun 1 (UKM). Doktor terkejut melihat aku berjalan kaki ke klinik dengan selamba. Doktor yang merawat aku rasa bersyukur sebab aku tidak pitam, kalau mengikut tekanan darah pada masa itu... Alhamdulillah, Allah banyak memberi kekuatan dan keyakinan di dalam diri aku..... insya-Allah semua ini dapat membuatkan aku lebih tabah dan bersyukur kepadaNya...
NIOSH Team Building 4 - Day 1
Sekumpulan 32 orang kakitangan NIOSH telah di pilih bagi menjayakan program Team Building. Kali ini nama aku terpilih pergi sebagai peserta. Program kali ini bertempat di Excel Resort, Broga.
Menariknya program kali ini ialah fasilitator dia semua hebat-hebat belaka. Taklimat malam di berikan sendiri oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Fadzilah Kamsah. Memang menarik ceramah dia. Sempat juga Dato' memberitahu maksud nama aku iaitu Iskandar adalah pemimpin dan Syahril adalah bulan. Jadi aku ini ialah Pemimpin Bulan...hahahaha
Alhamdulillah, hari pertama banyak perubahan yang dapat aku terapkan didalam kehidupan aku... banyak ilmu yang dah tau tetapi tidak di amalkan... Subhanallah... Syukur aku di pilih mengikuti program ini.

Aktiviti petang

Kumpulan Young Starz

Persembahan pengenalan kumpulan Young Starz

Gambar kenangan bersama Dato Fadzilah Kamsah
Alhamdulillah... tamat hari pertama dengan penuh semangat dan syukur....
26-29 Mac lepas aku di arahkan ke Kursus Pengurusan Rekod anjuran Arkib Negara Malaysia (ANM). Kursus di jalankan di Auditorium, Bangunan Warisan, Arkib Negara, Jalan Duta.
Alhamdulillah, aku di arahkan untuk mengikuti kursus ini. Kursus seumpama ini telah aku hadiri pada 4 tahun yang lalu anjuran MAMPU, JPM. Cuma pada masa itu kursus dilaksanakan selama sehari di NIOSH. Kursus 4 hari ini memberikan banyak input kepada aku dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai Document Controller NIOSH.
Kursus PRJ siri 1/2007 ini adalah untuk pegawai kerajaan bermula daripada gred 27. Dan Pegawai Rekod Jabatan ini merupakan satu pegawai lantikan yang di wajibkan melalui Akta Arkib Negara 2003.
Nie ada beberapa gambo yang aku snap...


Salah satu ceramah berkenaan penyisihan fail

Amali menyisih Fail

Lawatan di sekitar Arkib Negara

Tayangan video


Lawatan di salah satu seksyen di dalam ANM


Lawatan di bilik rekod ANM

Cenderahati yang aku dapat
Alhamdulillah, kursus berjalan dengan lancar... dan aku kini mempunyai sijil sah sebagai Pegawai Rekod Jabatan... tambah lagi koleksi sijil dan kepakaran... hahahaha
Hari ahad lalu aku ke Hotel Istana bagi menjayakan program UNICOSH. Aku saja jer menyibuk... saja nak tido kat hotel Istana. sambil-sambil tue boleh layan-layan delegasi ASEAN OSH-Net. Aku memang antara salah seorang GRO NIOSH.... hahahaha...
Program UNICOSH ini hanya ada 4 orang seketariat dan dihadiri oleh 750 orang. Program dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak. Program awareness OSH untuk sektor perkhidmatan.
Hari Ahad lepas, tolong Zul unload barang pameran dan kemudian kami ke Bukit Bintang. Abis RM150 untuk ganti skrin K750i aku yang dah KAPUT. Kemudian aku ke LowYat dan beli Pad Penyejuk Laptop... terbang lagi RM34... dan yang paling aku rasa menyesal, aku tak beli WebCam... RM28 lak tue... takper lah dah takde rezeki aku nak guna WebCAm lagi...
Malam tue aku ke KLIA jemput delegasi daripada Indonesia, Pak Roy dan Ibu Zulmiar. Dalam jam 10 malam, baru dorang keluar pintu ketibaan... Kami tunggu sejam sampai kul 11 sebab ada delegasi dari Filipina tiba lewat... dekat sejam, dia tak keluar-keluar.... last-last aku amik keputusan balik... bila sampai hotel... dia ada kat kaunter, tengah check-in... hampeh, dia naik taxi....

Bilik Hotel Istana
2nd day, hari Isnin malam. Ada dinner di Restoren Seri Melayu. Balik dari Arkib Negara, lepak-lepak kat bilik... Aku turun jam 7.15 malam. Tengok semua delegasi tengah berkumpul di Lobi Hotel. Ada dua buah Coaster menunggu... aku amik keputusan berjalan kaki jer ke Restoren... tengok-tengok, semua yang tinggal nak ikut sekali. Abis kami semua berjalan kaki beramai-ramai.
Di Seri Melayu, makanan macam biasa jer... dan kat situ ada Bos Fitriah... ada program bersama Agensi Nuklear Malaysia katanya... Dalam jam 9 malam, aku balik hotel... penat beb...

Antara delegasi yang turut berjalan kaki

Di restoren Seri Melayu
Hari ke-tiga... balik dari ANM, aku singgah hotel Istana... kemudian Pak Roy mengajak aku berjalan... bosan berjalan di KL sorang-sorang... lagipun kami berdua bujang... Kami ke Phileo Damansara kerana Pak Roy ada tugasan dari pejabat. Kemudian, aku teringat yang Pak Roy ada bertanyakan tentang IKEA. Jadi aku meng'offer' diri membawa ke IKEA. Seronok Pak Roy. Lama gak kami di sana, dari jam 7.20 malam sehingga 10 malam. Banyak yang Pak Roy beli. Di Indonesia tiada IKEA dan banyak pejabat di Indonesia yang datang ke Malaysia semata-mata untuk ke IKEA.
Dalam diam, aku sempat juga membeli beberapa keperluan bilik. Aku beli penggantung baju, rak baju, cermin dan keretapi kayu. Alhamdulillah, aku dapat rezeki lebih sebab mainan keretapi yang aku beli untuk Nuqman cuma di masukkan RM19 daripada RM45. Aku sedar semasa dalam perjalanan balik. Sebab bila aku kira sepatutnya aku kena bayar RM100 lebih.. tapi kasyer minta RM88 jer... aku tak cakap banyak terus bayar... Bagus mainan keretapi kayu nie. Yang aku beli cuma set tambahan untuk koleksi keretapi kayu Nuqman. Seronok bila tengok Nuqman cantum-cantum track keretapi...

Rak penyangkut baju dan rak baju

Dah siap kemas
Itulah serba sedikit..... kehidupan aku... Rasa seronok pon ada. Dalam beberapa hari nie banyak aku berSMS dan menelepon Jakarta... hmm, berapa ler agaknya aku kena bayo bil telepon...

pingat aku
Alhamdulillah... dalam tangan kayu ini aku dapat tempat kesembilan dalam Perlawanan Bowling Tahunan NIOSH. Dan kumpulan aku mendapat tempat ke-empat. Setelah aku cuba bermain sebelum ini dan aku sorang jer yang tak cecah 100 malah tak cecah 70 pon... hehehe... SAmpai lenguh-lenguh ler praktis... Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar daripada beberapa sifu Anuar dan Shahir... akhirnya aku berjaya mengalahkan dorang... hehehehehe
hmm... tak tau nak cakap apa... hanpon aku dah lebih 24 jam tanpa gerak! tanpa ada satu panggilan atau sms atau miss-call. Mungkin sebab hanpon aku buruk... dan mungkin sebab hanpon aku dah rosak.... atau mungkin juga sebab aku tak bayar bill penuh bulan lepas... tapi camana pun memang takde sebarang bunyi...
Hari nie seharian aku di Batu Berendam, Melaka. Aku buat Customer Satisfaction Survey dengan Kris. Hari nie kami melawat 3 buah kilang iaitu Nasional Semiconductor, Infineon dan TEAC. Alhamdulillah, ke3-3 kompeni memberi feedback yang sungguh positif. Nie membuatkan aku kembali bersemangat untuk meneruskan kerja di NIOSH. hmmm... tak cukup lagi KPI aku untuk 3 bulan nie... aku masih hutang 2 kompeni untuk di lawat. Bilalah aku ada masa untuk melawat...
ok, berbalik kepada hanpon aku.... kenapa ia begitu mengganggu kepala aku... sebab aku tahu, kau dapat gaji dan sekali gus kau berDUIT. Memang sudah lumlah dunia... bila kau berduit, kau akan lupakan perkara di sekeliling... bila kau tidak berduit, di masa itulah aku terlintas di benak fikiran kau. Bila aku tegur perkara ini kau menangis menafikan. Ini bukan yang kau mahukan. Ini bukan cita-cita kau... tapi hakikatnya, inilah apa yang aku kena hadapi. Itulah kehidupan, orang kenyang... orang mudah lupa... orang lapar, orang mudah ingat.... itulah datangnya syariat berpuasa.... ada hikmahnya berpuasa sunat... sekurang-kurangnya kita beringat....
Bercakap pasal DUIT... aku sudah bosan berkata tentang DUIT.... kenapa manusia terlalu mementingkan duit? Kenapa manusia perlu menjadi hamba duit? Kenapa manusia terlalu mementingkan duit? duit, duit, duit.... ini yang nak nyanyi lagu Hattan... Duit, duit, dimanakau Duit... duit, duit, Hutangku membukit... betulkah sebab berhutang sehinggakan kita terpaksa menjadi hamba kepada duit? ke atau sebab bernafsu? ntahler... bukan kata aku tidak kisah... kalau tidak, takkan ler ia mengganggu fikiran aku... ia sudah begitu banyak mengganggu aku. disebabkan duitlah aku dibelenggu hidup oleh pelbagai anasir baik dan jahat...
Kenapalah aku terlalu negatif?... adakah kemungkinan kau di timpa masalah? semua sumber telefon telah di tarik kembali. Mungkin terlalu letih dengan keadaan sekeliling yang memenatkan... dan mungkin juga terlalu sibuk mengemas rumah.... cuma bagaimanapun alasan yang wujud... talian khabar berita tetap tidak diterima...
Salahkah menghantar satu perkhabaran berita... bukan aku nak sangatpun duit... cuma ingin tahu kau hidup atau tidak.....
50% of the total workforce in Malaysia adalah wanita. Sekarang, dengan ratio wanita yang melebihi lelaki di IPT/ kolej/ sekolah berasrama, in future mungkin percentage wanita in the workforce akan melebihi lelaki.
Staff NIOSH pun, ramai yg ada lebih anak pompuan dari anak lelaki. Might conquer the world?
hmmm.....Label: niosh
5-9 Feb 2007, aku join kursus "MS1722 & OHSAS 18001 - Interpretation & Implementation" Modul 1 anjuran NCSB (NIOSH Certification Sdn Bhd). Kursus nie merupakan salah satu modul dalam program pembangunan Consultant NIOSH. Di akhir kursus ada assessment...
Kursus di ajar oleh En Nor WAhid Kemon dan En Mohd Jaflis Jaafar. Kedua-duanya berpengalaman dalam OSH-MS...
Tahun nie aku rancang banyak kursus NIOSH nak settle kan... Insya-Allah by April aku amik NIOSH Train The Trainer... di samping settlekan 8 program wajib NIOSH Consultant Development...

antara topik En Wahid

En Jaflis in Action
Memandangkan umi takde... aku tido di Hostel dengan Nuqman pada Malam Khamis dan Rabu... Ntah kenapa Pica tak nak ikut balik.. jadi dia tinggal di rumah Mak Ros... Seronok Nuqman dapat tidur hostel... sampai tak nak masuk rumah, bila balik hari Jumaat...